Masjid Warisan TRX diteruskan, Menteri Agama beri jaminan

June 23, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan meneruskan pembinaan Masjid Warisan yang terletak di hadapan kawasan Tun Razak Exchange (TRX) seperti yang telah dirancang sebelum ini, meskipun terdapat gesaan daripada segelintir pihak supaya projek berkenaan dibatalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, projek tersebut bukanlah satu perancangan baharu, sebaliknya telah dirangka sejak sekian lama bagi memperkukuh fungsi institusi masjid sebagai pusat penyatuan dan keharmonian masyarakat.

“Kita akan teruskan kerana ini perancangan yang sudah lama dan insya-Allah kita berdoa supaya dapat melaksanakannya,” katanya dipetik laporan media.

Beliau mengulas dakwaan terdapat pihak yang menggesa pembinaan Masjid Warisan dibatalkan atas alasan ia berpotensi menimbulkan ketidakharmonian dan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

Menurut Zulkifli, sebarang kebimbangan atau persoalan berkaitan projek tersebut boleh dirujuk kepada pihak berwajib, khususnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menguruskan hal ehwal pembangunan masjid di Wilayah Persekutuan.

“Bagi mereka yang mempunyai kebimbangan, boleh mendapatkan penjelasan lanjut daripada MAIWP,” katanya.

Isu pembinaan Masjid Warisan sebelum ini mencetuskan perdebatan apabila beberapa pihak mempersoalkan kesesuaian projek itu di lokasi berkenaan.

Namun, badan bukan kerajaan Islam dan beberapa pihak lain mempertahankan cadangan tersebut dengan menyifatkan pembinaan masjid sebagai usaha memperkukuh keharmonian serta memenuhi keperluan komuniti Muslim di kawasan pusat kewangan ibu negara yang semakin pesat berkembang.

Terdahulu, Zulkifli menghadiri majlis penyerahan surat pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah (AJK) Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan bagi sesi 2026 hingga 2029 di Masjid Al-Khadijah.

Pada majlis itu, beliau memaklumkan sebanyak 3,010 pencalonan diterima membabitkan 91 masjid dan 124 surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.

Berita berkaitan
Rayer hargai kelulusan RM5 juta bina masjid di Jelutong
October 12, 2026· Politik
Parlimen: 13 syor RCI Tabung Haji sudah dilaksana
October 9, 2026· Isu semasa
Kewangan Islam mesti kekal relevan, berdaya saing: Anwar
October 2, 2026· Isu semasa
Sita kargo Israel, bukti Malaysia tak berkompromi: Zulkifli
September 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
4 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
4 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok