Kerajaan ikhtiar sedaya upaya martabatkan Islam: Anwar

July 1, 2025 · Isu semasa

Kerajaan akan terus berikhtiar dengan sedaya upaya dan kapasiti yang ada akan memartabatkan kedudukan Islam dalam kerangka Perlembagaan dan semangat Malaysia Madani

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan, mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) merupakan medan penting antara institusi raja dan kerajaan dalam menyelaras hal ehwal Islam di Malaysia.

Menurut Anwar, ia khususnya dalam memperkasa pembangunan insan berteraskan ihsan, adab dan ilmu demi menjulang Karamah Insaniah.

Beliau berkata, keprihatinan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengenai hal ehwal Islam di Malaysia terpancar melalui titah baginda.

“Titah Tuanku mengenai falsafah perpaduan yang digambarkan melalui perbilangan adat perpatih yang diadaptasi oleh orang Melayu dalam mempertahankan kesucian agama dan maruah bangsa, berupaya untuk menyebarkan syiar Islam dan mengangkat martabat bangsa amat kami hargai,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, beliau menghadiri MKI ke-73 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar, ahli dilantik mewakili negeri-negeri, pemimpin tertinggi kerajaan serta semua ahli MKI yang dilantik mengikut kepakaran masing-masing.

Sultan Nazrin Shah ketika mempengerusikan mesyuarat MKI itu bertitah Perlembagaan Madinah merupakan asas pemerintahan Islam yang sangat signifikan dan wajar dikaji sejajar dengan semangat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Baginda bertitah penggubalan kedua-dua perlembagaan itu memperlihatkan nilai-nilai perpaduan, keadilan, kerjasama antara pelbagai kaum dan pengiktirafan terhadap kedaulatan undang-undang yang menjadi asas penting pembinaan negara bangsa.

Berita berkaitan
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
15 jam lalu· Politik
Majikan diseru lebih prihatin terhadap pekerja: PMX
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar rayu sokongan rakyat hadapi tekanan ekonomi
16 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
April 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
16 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
16 jam lalu · Isu semasa
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026 · Isu semasa
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
April 30, 2026 · Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
April 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok