MCMC sita peralatan komunikasi tak diperakui bernilai RM2.06 Juta

3 jam lalu · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang dipercayai tidak diperakui dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2.06 juta menerusi Op V380 yang dilaksanakan pada 24 Jun lalu.

Operasi itu menyasarkan sebuah syarikat yang disyaki terlibat dalam penjualan serta pemilikan bagi tujuan penjualan kelengkapan komunikasi yang tidak mematuhi piawaian teknikal ditetapkan MCMC.

Menurut MCMC, antara peralatan yang disita ialah kamera litar tertutup tanpa wayar (wireless CCTV), selain komputer, mesin pencetak, telefon bimbit dan penghala WiFi bagi membantu siasatan.

“Penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui boleh menjejaskan keselamatan pengguna kerana tidak mematuhi piawaian teknikal yang ditetapkan. Selain berpotensi menjejaskan prestasi dan kebolehpercayaan peranti, penggunaannya juga boleh menyebabkan gangguan kepada rangkaian komunikasi serta menjejaskan kualiti perkhidmatan komunikasi,” menurut kenyataan MCMC pada Isnin.

Operasi itu dijalankan hasil risikan dan kerjasama strategik antara MCMC dengan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selaku agensi pemerakuan berdaftar.

Seramai 44 pegawai terbabit dalam serbuan yang dilakukan serentak di sebuah gudang penyimpanan di Klang serta sebuah premis yang dijadikan pejabat urusan dan studio siaran langsung di Johor Bahru.

Siasatan awal mendapati peralatan komunikasi berkenaan dipasarkan melalui platform e-dagang termasuk TikTok Shop dan Shopee.

Dalam operasi sama, lapan individu termasuk pengurus syarikat, pembantu gudang dan hos siaran langsung telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

MCMC menegaskan pihaknya akan terus memperhebat penguatkuasaan terhadap aktiviti penjualan, pengedaran dan pemilikan bagi tujuan penjualan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya hanya membeli peralatan komunikasi yang telah mendapat pensijilan sah bagi memastikan keselamatan pengguna, selain mengelakkan risiko gangguan terhadap rangkaian komunikasi negara.

Kelengkapan komunikasi seperti penghala WiFi, kamera CCTV tanpa wayar, telefon bimbit dan pelbagai peranti yang menggunakan frekuensi radio diwajibkan memperoleh pensijilan MCMC sebelum boleh dipasarkan di Malaysia.

Pensijilan itu bertujuan memastikan setiap peranti memenuhi piawaian keselamatan, keserasian elektromagnet dan penggunaan spektrum frekuensi yang ditetapkan bagi mengelakkan gangguan kepada rangkaian komunikasi negara.

Berita berkaitan
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
June 27, 2026· Politik
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
June 24, 2026· Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
June 24, 2026· Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
June 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ketua UMNO Kangar bersama dua pengarah diarah bayar balik kes tiket umrah
2 jam lalu · Isu semasa
Bekalan bahan api cukup hingga Ogos, harga barangan terus dipantau
6 jam lalu · Isu semasa
Anwar lancar Malaysia Digital 2030, sasar ekonomi digital sumbang 30% KDNK
6 jam lalu · Isu semasa
18,000 permohonan tambahan kuota diesel BUDI MADANI: MoF
9 jam lalu · Isu semasa
PRN Johor: Polis buka tiga kertas siasatan
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok