Aduan kandungan deepfake melonjak, MCMC turunkan lebih 11,000 kandungan

June 30, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 11,677 kandungan ‘deepfake’ telah diturunkan daripada 12,496 aduan berkaitan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak 2024, mencerminkan peningkatan ketara penyalahgunaan teknologi itu di platform media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata semua kandungan berkenaan diturunkan selepas MCMC mengemukakan permohonan kepada penyedia platform media sosial yang terlibat.

Beliau berkata, trend aduan berkaitan kandungan ‘deepfake’ turut menunjukkan peningkatan mendadak apabila sebanyak 917 aduan direkodkan pada 2024 sebelum melonjak kepada 3,612 aduan pada 2025.

“Setakat 15 Jun tahun ini sahaja, MCMC telah menerima 7,967 aduan berkaitan kandungan *deepfake*, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 12,496 aduan sejak 2024,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Nie Ching, kerajaan mengambil pendekatan lebih tegas bagi menangani penyalahgunaan AI menerusi pelaksanaan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.

“Bagi membendung penyalahgunaan AI, kerajaan menerusi Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 mewajibkan penyedia platform media sosial berlesen melaksanakan langkah mitigasi risiko, termasuk terhadap kandungan yang dijana menggunakan AI.

“MCMC telah berunding dengan penyedia platform yang berlesen ini untuk melihat bagaimana kewajipan tersebut dilaksanakan oleh penyedia platform berkenaan,” katanya.

Peningkatan penggunaan teknologi AI sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memudahkan penghasilan kandungan ‘deepfake’ yang mampu memanipulasi imej, video dan suara seseorang sehingga kelihatan seolah-olah asli.

Fenomena itu menimbulkan kebimbangan kerana berpotensi digunakan untuk menyebarkan maklumat palsu, melakukan penipuan, mencemarkan reputasi individu serta mempengaruhi persepsi awam, terutama menjelang pilihan raya atau ketika berlakunya isu-isu sensitif.

Sehubungan itu, kerajaan melalui MCMC terus memperkukuh kerjasama dengan penyedia platform digital bagi memastikan kandungan yang melanggar undang-undang atau mengancam keselamatan pengguna dapat dikesan dan diturunkan dengan lebih pantas.

Berita berkaitan
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
15 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
October 27, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
8 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
9 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
9 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
16 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok