Pemimpin muda Bersatu lapor polis terima ancaman ugutan bunuh

July 3, 2025 · Politik

Satu laporan polis dibuat pemimpin muda Bersatu, Na’im Brundage selepas menerima ancaman ugutan bunuh dan simbah asid daripada individu tak dikenali.

Exco Armada Bersatu tersebut membuat laporan polis di Dang Wangi susulan menerima maklumat rancangan jahat tersebut dan meminta pihak berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut bagi mengenal pasti pelaku tidak bertanggungjawab itu.

“Saya telah menerima maklumat mengenai satu ancaman serius terhadap nyawa saya, melibatkan rancangan untuk membunuh atau mencederakan saya dengan perbuatan menyimbah asid oleh seorang individu yang tidak saya kenali.

“Demi melindungi keselamatan diri dan keluarga, saya telah membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Saya menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan.

Naim juga mendakwa terdapat kemungkinan ugutan dibuat terhadapnya mempunyai motif politik kerana sering mengkritik parti pemerintah.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa ancaman ini bermotifkan politik, memandangkan saya bergiat aktif dalam dunia politik dan lantang menyuarakan pandangan saya secara terbuka di media sosial dan media massa,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Naim berkata ugutan sedemikian tidak akan mengganggu fokusnya untuk terus menyatakan pandangan dan bersuara demi rakyat.

“Namun begitu, ugutan seperti ini sama sekali tidak akan melunturkan semangat saya untuk terus bersuara demi rakyat, dan saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang bentuk ancaman, tekanan atau intimidasi.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon doa dan sokongan daripada semua, serta menggesa seluruh rakyat Malaysia agar bersatu menolak budaya politik keganasan dan mempertahankan amalan politik yang matang dan berlandaskan undang-undang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
May 29, 2026· Politik
Pelajar di Melaka ditahan kes vape mushroom libatkan remaja perempuan
May 29, 2026· Isu semasa
Polis tahan tujuh pelajar kes tular buli pelajar perempuan, pukul hingga lebam
May 29, 2026· Isu semasa
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
May 28, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
11 jam lalu · Politik
Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah
11 jam lalu · Politik
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
May 29, 2026 · Politik
Akmal tempelak DAPSY desak bubar Parlimen bagi buat PRU awal
May 28, 2026 · Politik
Rafizi akui parti baharu berdepan laluan sukar untuk bersaing
May 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok