Harga petrol, diesel kekal minggu ini bagi tempoh 9 hingga 15 Julai

July 8, 2026 · Isu semasa

Harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi kekal tidak berubah bagi tempoh 9 hingga 15 Julai ini, dengan RON97 dijual pada RM4 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga RON95 tanpa subsidi turut dikekalkan pada RM3.37 seliter, manakala diesel tanpa subsidi kekal RM3.97 seliter.

Bagi bahan api bersubsidi, harga RON95 menerusi program BUDI95 kekal RM1.99 seliter. Harga diesel di bawah BUDI Diesel pula RM2.10 seliter.

Harga diesel bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dikekalkan pada RM2.05 seliter, manakala Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal RM2.15 seliter.

MOF berkata harga minyak mentah global terus menyederhana pada minggu lalu susulan pengurangan premium risiko geopolitik, pemulihan aliran bekalan serta persaingan harga dalam kalangan pengeluar utama.

“Namun begitu, perkembangan terkini di Asia Barat termasuk serangan baharu Amerika Syarikat ke atas Iran semalam menunjukkan risiko gangguan terhadap harga dan bekalan masih kekal selagi penyelesaian konflik tidak dimuktamadkan,” kata MOF dalam kenyataan hari ini.

Menurut kementerian itu, jangkaan lebihan bekalan global dalam tempoh sederhana hasil pemulihan pengeluaran serta permintaan yang semakin sederhana dijangka mengehadkan kenaikan harga minyak.

“Namun, sebarang gangguan baharu di laluan perdagangan utama boleh menyebabkan turun naik harga yang ketara,” katanya.

Penetapan harga mingguan bahan api dibuat berdasarkan mekanisme harga automatik, dengan kerajaan menilai perubahan harga minyak mentah dunia, kadar pertukaran mata wang dan kos berkaitan sebelum menentukan harga runcit.

MOF berkata bekalan bahan api negara masih mencukupi ketika ini, namun rakyat digalakkan menggunakan petrol dan diesel secara berhemat.

“Perancangan perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan yang tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi,” katanya.

Berita berkaitan
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
5 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
12 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok