Industri animasi Malaysia berjaya tarik RM249.2 juta pelaburan di MIFA 2026

July 9, 2026 · Isu semasa

Malaysia meraih nilai pelaburan dan jualan RM249.2 juta menerusi penyertaan di Annecy International Animation Film Festival and Market (MIFA) 2026 di Perancis, jauh melepasi sasaran awal RM100 juta.

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan pencapaian itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara hab industri animasi dan kandungan kreatif yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Penyertaan negara diterajui kementerian itu bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dengan penglibatan 11 syarikat animasi tempatan.

Syarikat terbabit membawa harta intelek (IP), kepakaran kreatif serta perkhidmatan animasi tempatan untuk dipromosikan kepada pemain industri dari seluruh dunia.

“Kejayaan ini membuktikan kandungan kreatif dan animasi Malaysia semakin mendapat pengiktirafan serta kepercayaan di pasaran antarabangsa,” kata kementerian itu.

Menurut kenyataan berkenaan, nilai RM249.2 juta itu diperoleh menerusi pelbagai potensi kerjasama termasuk penerbitan bersama, perkhidmatan animasi, pelaburan kandungan kreatif, pengedaran IP dan pembangunan projek baharu.

Ia turut merangkumi peluang membawa masuk produksi antarabangsa ke Malaysia menerusi inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI).

MIFA merupakan antara pasaran animasi paling penting di dunia dan berlangsung sempena Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy.

Acara tahunan itu menghimpunkan studio, penerbit, pengedar, pelabur dan pencipta kandungan dari pelbagai negara bagi mencari projek, rakan kerjasama serta peluang pengedaran baharu.

Penyertaan Malaysia di platform itu dilihat penting dalam usaha memperluas pasaran eksport kandungan kreatif tempatan, selain membuka ruang kepada studio animasi negara untuk menjalin rangkaian dengan syarikat global.

Kementerian Komunikasi berkata, pencapaian kali ini mencerminkan keyakinan pelabur dan rakan strategik antarabangsa terhadap bakat, kreativiti serta ekosistem industri kreatif Malaysia.

“Kementerian komited memperkukuh pembangunan industri kreatif melalui kerjasama strategik dengan agensi dan pemain industri,” katanya.

Usaha itu selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menjadikan ekonomi kreatif sebagai antara penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara, khususnya melalui penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi, pembangunan IP tempatan dan kemasukan pelaburan asing.

Berita berkaitan
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
October 27, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
October 27, 2026· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
5 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
5 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
11 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok