Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan mempertimbangkan penambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya Kerajaan Persekutuan terus kekal stabil dan Pakatan Harapan (PH) menerima sokongan berterusan daripada rakyat.
Pengerusi PH itu berkata, kemampuan kerajaan menambah bantuan kebajikan bergantung kepada kedudukan kewangan negara yang diurus secara berhemah tanpa ketirisan.
“Kalau kerajaan ini stabil, rakyat sokong, PH kuat, kita akan tambah SARA lagi bagi rakyat. Tahu sebab apa? Sebab kita bukan curi,” katanya ketika berucap pada Grand Finale kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, pada malam Jumaat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaksanaan SARA bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan rendah, terutama mereka yang berdepan kesukaran mendapatkan barangan keperluan harian.
Menurutnya, kerajaan tidak boleh berdiam diri melihat rakyat terus dihimpit kos sara hidup yang semakin mencabar.
“Saya dengar ada orang miskin mahu beli minyak masak pun tak cukup duit. Macam mana saya boleh jadi Perdana Menteri, kereta ada, rumah ada, tapi rakyat saya susah hendak beli barang keperluan. Disebabkan itu, kita beri SARA,” katanya.
Beliau turut menegaskan kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan bersasar selagi ekonomi negara diurus dengan baik dan hasilnya dapat dikembalikan kepada rakyat.
SARA merupakan antara inisiatif di bawah program Payung Rahmah yang disalurkan kepada golongan layak bagi membantu pembelian barangan keperluan asas.
Kerajaan sebelum ini beberapa kali memperluaskan manfaat skim itu menerusi peningkatan kadar bantuan serta penambahan bilangan penerima sebagai usaha mengurangkan beban kos sara hidup.
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum