Polis buka dua siasatan kes rosak bahan kempen PRN Negeri Sembilan

July 20, 2026 · Politik

Polis Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan membabitkan kesalahan pilihan raya selepas menerima laporan berkaitan perbuatan khianat yang menyebabkan kerosakan bahan kempen dan harta benda sepanjang tempoh awal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Azfanny Ahmad berkata sepanjang dua hari pertama kempen, polis menerima tiga laporan berkaitan PRN, dengan dua daripadanya membawa kepada pembukaan kertas siasatan.

Beliau berkata, kedua-dua kes berlaku di Kuala Klawang, Jelebu, apabila pengadu mendakwa bendera, banting dan sepanduk milik Pakatan Harapan (PH) dirosakkan sebelum dibuang ke dalam longkang.

“Selain itu, terdapat torehan pada bumper sebuah kenderaan dan pengadu mengesyaki kerosakan tersebut dilakukan individu yang tidak dikenali selepas pemasangan bendera parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.

Dalam perkembangan sama, Azfanny memaklumkan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang proses PRN setakat ini berada dalam keadaan baik serta terkawal.

Beliau berkata, polis turut menerima 109 permohonan permit ceramah dan aktiviti politik, dengan 107 daripadanya diluluskan selepas memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Polis akan terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan, pematuhan serta penguatkuasaan sepanjang tempoh kempen. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang tanpa sebarang kompromi,” katanya.

Beliau turut menggesa semua pihak menghormati proses demokrasi, mematuhi undang-undang dan memberi kerjasama kepada polis bagi memastikan perjalanan pilihan raya berlangsung dalam suasana aman, harmoni serta teratur.

PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 5 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 1 Ogos, manakala pengundian awal berlangsung pada 28 Julai.

Berita berkaitan
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
1 jam lalu· Politik
22,339 anggota keselamatan mengundi awal esok
1 jam lalu· Politik
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
1 jam lalu· Isu semasa
PAS salahkan laporan Malaysiakini cetus polemik kenyataan Sanusi
1 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
9 jam lalu · Politik
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
13 jam lalu · Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
13 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
17 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khalid Samad lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
2 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok