GPS, GRS nafikan dakwaan bertemu BN dan PN

July 21, 2026 · Politik

GPS dan GRS menafikan dakwaan tular di media sosial yang mendakwa kedua-dua gabungan politik dari Sabah dan Sarawak itu mengadakan pertemuan bersama Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN).

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Fadillah Yusof, menegaskan gabungan itu tidak pernah dihubungi atau menerima sebarang jemputan daripada mana-mana pihak bagi menghadiri pertemuan seperti didakwa.

“Ya, tiada,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Armizan Mohd Ali, turut menafikan mempunyai sebarang maklumat mengenai pertemuan yang dikatakan berlangsung pada Selasa.

Menurut beliau, tiada sebarang perbincangan dalam kalangan kepimpinan GRS berkaitan jemputan atau perancangan untuk mengadakan pertemuan bersama BN dan PN.

“Tiada maklumat berhubung pertemuan yang ditularkan dan tidak pernah ada perbincangan dalam kepimpinan GRS berkaitan sebarang jemputan atau perancangan pertemuan sedemikian. Tempoh kerajaan Persekutuan masih berbaki lebih setahun setengah dan negara juga sedang berdepan impak konflik geopolitik global,” katanya.

Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, fokus GRS ketika ini kekal kepada agenda pembangunan negeri serta usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, bukannya terlibat dalam spekulasi politik.

Penafian kedua-dua pemimpin itu dibuat susulan penyebaran satu dakwaan di media sosial yang mendakwa GPS, GRS, BN dan PN dijangka mengadakan sidang media pada pukul 2 petang.

Bagaimanapun, maklumat yang tular itu tidak menyatakan tujuan sidang media berkenaan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu di peringkat Persekutuan.

Sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), GPS dan GRS merupakan antara blok penting yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Kedua-dua gabungan dari Borneo itu turut beberapa kali menegaskan komitmen untuk memberi keutamaan kepada kestabilan politik dan pembangunan Sabah serta Sarawak.

Penafian terbaru itu dilihat menutup spekulasi mengenai sebarang pertemuan politik melibatkan empat gabungan utama yang tular dalam media sosial sejak awal hari ini.

Berita berkaitan
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
July 26, 2026· Politik
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
8 jam lalu· Politik
BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry
11 jam lalu· Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
July 26, 2026 · Politik
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
5 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
5 jam lalu · Politik
Sanusi memang gemar keluar kenyataan pelik
9 jam lalu · Politik
Aminuddin minta buktikan mana projek PH yang tertinggal
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
9 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
July 25, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok