Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90

July 22, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menganggarkan perbelanjaan subsidi petrol RON95 dan diesel boleh mencecah kira-kira RM3.5 bilion sebulan sekiranya harga minyak mentah dunia kekal sekitar AS$90 setong mengikut unjuran semasa.

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong, berkata daripada jumlah itu, subsidi RON95 dianggarkan sekitar RM2 bilion sebulan, manakala subsidi diesel pula kira-kira RM1.5 bilion sebulan.

Menurutnya, kedudukan fiskal negara ketika ini masih kukuh walaupun harga minyak mentah dunia menunjukkan peningkatan.

“Kerajaan turut memperoleh hasil daripada petroleum. Setiap kenaikan harga minyak sebanyak AS$1 setong dijangka menjana tambahan hasil kira-kira RM300 juta,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjelaskan unjuran fiskal kerajaan buat masa ini tidak berubah, namun angka terkini akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober nanti.

“Pada Oktober nanti, ketika Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2027, kerajaan akan mengumumkan unjuran fiskal terkini berdasarkan keadaan semasa pada ketika itu,” katanya.

Chin Tong menjawab soalan tambahan Senator Mohd Na’im Mokhtar yang meminta penjelasan sama ada kerajaan masih yakin dapat mengekalkan sasaran defisit fiskal sekiranya harga minyak mentah dunia meningkat melebihi jangkaan, selain langkah kontingensi yang disediakan bagi menghadapi situasi tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan kerajaan terbuka untuk meneliti permohonan meningkatkan kuota BUDI Diesel bagi kumpulan tertentu, termasuk pengguna di Sabah dan Sarawak yang mempunyai keperluan khas.

Katanya, kerajaan sebelum ini telah meluluskan tambahan kuota sebanyak 100 liter kepada pemilik kenderaan pikap menerusi proses permohonan yang mudah.

“Jika terdapat kes-kes khusus yang perlu dipertimbangkan, kerajaan bersedia menelitinya,” katanya.

Program BUDI Diesel diperkenalkan kerajaan bagi memastikan subsidi diesel disalurkan secara lebih bersasar kepada golongan dan sektor yang benar-benar memerlukan, sejajar usaha mengurangkan ketirisan subsidi.

Pada masa sama, kerajaan turut melaksanakan penyasaran subsidi RON95 secara berperingkat sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan fiskal bagi mengimbangi keperluan membantu rakyat dengan usaha mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

Berita berkaitan
Harga minyak tanpa subsidi naik 35 sen susulan ketegangan Asia Barat: MOF
September 16, 2026· Isu semasa
Keresahan bil elektrik naik, kerajaan cari langkah segera tangani: PMX
September 16, 2026· Isu semasa
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
September 11, 2026· Politik
Semak dulu fakta isu peruntukan KKDW: Tunku Nashrul
September 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
September 21, 2026 · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
4 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok