Premis Network School disita, lesen perniagaan dibatalkan

July 22, 2026 · Isu semasa

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menutup dan menyita sebuah premis milik NS0 Malaysia Sdn. Bhd. (Network School) di Forest City pada Rabu susulan tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat itu yang didapati melanggar syarat pelesenan.

Operasi bermula kira-kira jam 11.30 pagi apabila anggota penguat kuasa MBIP menyerahkan Notis Perintah Penutupan Premis sebelum memasang pita penghalang berwarna kuning di pintu masuk premis terbabit.

Notis itu mula berkuat kuasa pada jam 11.45 pagi mengikut Undang-Undang Kecil 49(2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBIP) 2018.

Tinjauan di lokasi mendapati kawasan sekitar premis lengang, manakala papan tanda Network School telah diturunkan. Petugas media mula berkumpul di luar premis seawal jam 10 pagi bagi mengikuti perkembangan operasi berkenaan.

MBIP dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung tindakan penutupan dan penyitaan itu.

Pada Selasa, pihak berkuasa tempatan itu mengumumkan keputusan membatalkan lesen perniagaan Network School selepas Mesyuarat Penuh Khas MBIP meneliti laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi dikemukakan syarikat berkenaan.

Menurut MBIP, premis di P-01-11, Teluk Bintang, Jalan Forest City 5, Pulau Satu didapati menjalankan operasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

“Premis terbabit didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen, justeru Notis Henti Niaga telah dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil 3(1) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBIP) 2018,” menurut kenyataan MBIP.

Bagi sebuah lagi premis di P-01-12, Teluk Bintang, MBIP memaklumkan lesen premis perniagaan serta lesen iklan dibatalkan selepas syarikat didapati menjalankan aktiviti yang tidak selaras dengan kelulusan yang diberikan.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dijadual mengadakan sidang media di Bangunan Dato’ Jaafar, Kota Iskandar pada jam 2.30 petang bagi mengulas perkembangan isu berkenaan.

Isu Network School sebelum ini mencetuskan perhatian selepas timbul dakwaan penglibatan warga Israel dalam operasi institusi itu di Forest City.

Perkembangan tersebut mendorong kerajaan negeri mengarahkan siasatan menyeluruh, manakala beberapa pihak termasuk Tunku Mahkota Johor sebelum ini menegaskan lesen dan permit syarikat berkenaan perlu dibatalkan sekiranya didapati melanggar undang-undang atau syarat pelesenan.

Tindakan MBIP menutup dan menyita premis itu dilihat sebagai susulan kepada hasil siasatan serta penguatkuasaan yang dijalankan terhadap operasi Network School di Forest City.

Berita berkaitan
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
12 jam lalu· Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026· Isu semasa
SPRM panggil Nazir, isteri bantu siasatan pelaburan RM10 Juta
October 14, 2026· Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
October 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
October 28, 2026 · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
October 28, 2026 · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
1 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
1 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok