Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat

July 22, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat sebagai langkah memperkukuh bantuan kepada rakyat yang masih berdepan tekanan kos sara hidup.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira maklum balas serta rintihan rakyat walaupun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini.

“Walaupun kita beri Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA, kerajaan Negeri Sembilan juga beri bonus tinggi kepada penjawat awam, adakah masalah rakyat sudah selesai? Belum.

“Kerana itu kita dengar rintihan rakyat dan insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan naikkan lagi SARA untuk rakyat,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Kekal Harapan di Senawang sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pada Rabu malam.

Anwar berkata, kerajaan sentiasa menilai keberkesanan pelbagai inisiatif kebajikan yang dilaksanakan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Menurutnya, usaha meningkatkan SARA mencerminkan komitmen Kerajaan Madani untuk terus membantu rakyat berdepan peningkatan kos kehidupan tanpa mengabaikan kedudukan kewangan negara.

Sebelum ini, Anwar memaklumkan kerajaan sedang memperhalusi kemungkinan menambah jumlah bantuan kepada rakyat termasuk STR dan SARA sekiranya prestasi ekonomi negara terus menggalakkan.

Katanya, perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican, sebagai sebahagian daripada persediaan menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

SARA merupakan antara komponen utama di bawah inisiatif Payung Rahmah yang disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah bagi membantu mereka membeli barangan keperluan asas.

Program itu melengkapi STR yang disalurkan secara tunai kepada isi rumah dan individu yang layak.

Pengumuman kenaikan kadar SARA dibuat ketika kempen PRN Negeri Sembilan sedang berlangsung, dengan hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
October 28, 2026· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
11 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
October 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
October 28, 2026 · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
1 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
1 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
8 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok