Usul titah adendum Najib dibawa UMNO Pandan, gesa diberi tahanan rumah

July 7, 2025 · Politik

UMNO Pandan membawa usul supaya pelaksanaan segera perintah Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Usul itu dibawa Perwakilan UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Syed Harman yang meminta keadilan diberikan kepada Najib dan perintah tahanan di rumah dilaksanakan tanpa dolak dalih atau campur tangan politik.

“Kami menuntut agar Datuk Seri Najib Tun Razak dipindahkan serta-merta untuk menjalani baki hukuman beliau dalam tahanan rumah sebagaimana yang telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda demi menjunjung keadilan dan kedaulatan Raja Berperlembagaan,” katanya semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pandan yang berlangsung di Kelab Darul Ehsan.

Syed Rosli secara tegas menyatakan, biarlah usul itu menjadi contoh kepada seluruh UMNO Bahagian lain yang akan bersidang di seluruh negara untuk bangkit membawa perkara yang sama.

Katanya, ia demi menegakkan kebenaran dan keadilan buat Najib dan biarlah ia menjadi bukti kepada seluruh negara bahawa suara akar umbi UMNO Bahagian tegas menolak sebarang bentuk penderhakaan terhadap institusi Raya Melayu serta komited menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

Usul berkenaan mendapat sokongan lebih 300 perwakilan yang hadir dan diluluskan sebulat suara.

Terdahulu dalam ucapannya, Syed Rosli berkata, perbuatan menyorok Titah Adendum bukan sahaja satu bentuk kezaliman terhadap Najib tetapi, lebih parah ia merupakan satu bentuk penderhakaan terhadap institusi raja-raja khususnya terhadap keputusan rasmi yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini diberitahu bahawa Najib mempunyai peluang untuk mendapatkan bukti tambahan mengenai Titah Adendum ketika memohon kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman, seandainya usaha wajar atau due diligence’ sudah pula dilakukan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dalam hujahannya berkata, bagaimanapun Najib gagal menunjukkan sebarang bukti bahawa usaha wajar telah pun diambil untuk mendapatkan dokumen berkenaan.

Titah Adendum itu dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Berita berkaitan
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
3 jam lalu· Politik
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
13 jam lalu· Politik
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
September 21, 2026· Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
3 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
3 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
9 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
10 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok