Pada 10 Mei lalu, Nurul Izzah lantang mengkritik pelantikan semula Azam Baki yang kini memasuki penggal ketiga sebagai peneraju SPRM, dengan Puteri Reformasi itu menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tidak wajar.
Bantahan berhubung keputusan penyambungan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki akan disuarakan secara dalaman, kata Nurul Izzah Anwar.
Calon Timbalan Presiden PKR itu sekali lagi menyuarakan pendirian tidak bersetuju dengan lantikan bos SPRM tersebut yang sebelum ini sering menjadi kritikan dan kecaman semasa di sebelah blok pembangkang.
“Saya akan bercakap (mengenai Azam) dalam skop parti,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Nurul Izzah terdahulu pada Khamis menghadiri program Pertemuan Khas Anggota & Pimpinan Keadilan Wilayah Persekutuan.
Pada 10 Mei lalu, Nurul Izzah lantang mengkritik pelantikan semula Azam yang kini memasuki penggal ketiga sebagai peneraju SPRM, dengan Puteri Reformasi itu menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tidak wajar.
“Pemanjangan kontrak sebegini menyukarkan perubahan mendasar berlaku.
“Kita perlukan keberanian penjawat awam, pimpinan serta anggota parti untuk membawa nafas baharu dan membuat pilihan lebih baik,” katanya menerusi catatan di X.
Dalam ucapannya semalam, Nurul Izzah turut mengenang kembali perjuangan awal parti itu yang bermula dari Kuala Lumpur serta pengalaman peribadinya bertanding buat kali pertama di kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Katanya, cabaran menentang penyandang ketika itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan menteri dan Ketua Wanita UMNO Malaysia cukup menggetarkan jiwa.
“Saya masih ingat ditakdirkan bertanding di Lembah Pantai, kawasan yang Keadilan (PKR) tidak pernah menang.
“Nak kata tak takut, lawan Datuk Seri Shahrizat sebelum isu NFC pun sudah cukup mendebarkan… tapi kita lawan sebab ini sebahagian daripada proses perjuangan,” katanya.
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar