Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin menegaskan kerjasama Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan bukan satu perjanjian yang mengikat parti-parti politik untuk selama-lamanya.
Beliau berkata, persefahaman yang dimeterai selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya bertujuan membentuk Kerajaan Persekutuan ketika negara berdepan kebuntuan politik dan tidak menghalang mana-mana parti membuat keputusan sendiri dalam pilihan raya.
“Ia hanyalah satu tandatangan yang dipersetujui untuk mewujudkan kerajaan di peringkat pusat. Itu bukan satu tandatangan atau kontrak sampai mati.
“Ia hanyalah satu tandatangan yang bersetuju untuk mewujudkan kerajaan di peringkat pusat dan sepatutnya tidak mengikat.
“Sepatutnya semua maklum dan faham keadaan memaksa kita untuk bersama dan kita bersetuju untuk bersama menyelamatkan negara supaya mempunyai kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesejahteraan Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Padang Institut Kejuruteraan Tentera Darat, Kem Sirusa, hari ini.
Mohamed Khaled mengulas kritikan yang dilemparkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan termasuk dakwaan kononnya BN tidak mengenang budi kerana bertanding menentang Pakatan Harapan (PH), walaupun kedua-dua gabungan itu membentuk Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, penyertaan BN dalam mana-mana pilihan raya, termasuk berdepan PH, bertujuan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan parti yang layak mentadbir.
“Maka atas sebab itulah pelbagai parti menawarkan diri untuk balik kepada rakyat dan biarlah rakyat buat keputusan dalam soal ini,” katanya.
PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN dan PH tidak meneruskan kerjasama pilihan raya seperti di peringkat Persekutuan, sebaliknya kedua-dua gabungan bertanding secara berasingan di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Keputusan itu menjadikan pertandingan lebih terbuka dengan setiap parti berusaha mendapatkan mandat rakyat untuk membentuk kerajaan negeri selepas hari pengundian pada 1 Ogos.
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih