Isu nama PBN bukti kerjasama BN-PN rapuh

July 24, 2026 · Politik

PKR mendakwa penolakan Barisan Nasional (BN) terhadap cadangan menggunakan nama Perikatan Barisan Nasional (PBN) membuktikan kerjasama parti itu dengan Perikatan Nasional (PN) tidak dibina atas persefahaman yang kukuh.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PKR Selangor, Sathia Prakash Nadarajan berkata percubaan memperkenalkan penjenamaan baharu itu hanya bertujuan mengelirukan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Sebenarnya penjenamaan politik ad-hoc itu sekadar perkahwinan mutaah (kontrak) politik untuk mengelirukan pengundi pada pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Belum pun sempat kempen reda atau dakwat di jari pengundi kering, pimpinan utama kedua-dua parti sudah saling menafi dan bertentangan kenyataan secara terbuka di media.

“Hamzah ghairah menjajakan nama PBN di pentas ceramah, tetapi kepimpinan UMNO dengan pantas menolak dan menganggapnya tidak relevan.

“Ini membuktikan PN dan BN sebenarnya tidak pernah mempunyai persefahaman politik yang sebenar, melainkan sekadar percaturan politik tangkap muat demi kepentingan kerusi semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibuat susulan cadangan Presiden Parti Wawasan Negara, Hamzah Zainudin yang mengusulkan penggunaan nama PBN ketika berkempen di Tampin bagi menggambarkan persefahaman antara PN dan BN serta mengelakkan kekeliruan pengundi.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak pimpinan UMNO.

Naib Presidennya, Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan istilah berkenaan tidak relevan kerana kerjasama yang wujud hanya membabitkan persefahaman untuk PRN Negeri Sembilan, manakala Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi turut mengesahkan tiada perbincangan rasmi mengenai pembentukan gabungan baharu itu.

Mengulas lanjut, Sathia berkata pertikaian berhubung nama gabungan itu menunjukkan PN tidak serius dalam mengamalkan politik yang telus dan jujur.

“Bagaimana rakyat mahu meletakkan kepercayaan dan kebergantungan kepada sebuah pakatan yang mahu mentadbir negeri, sedangkan hal nama gabungan sendiri pun mereka berbalah dan tidak sepakat?

“Pengundi hari ini bukannya budak-budak yang boleh ditipu dengan permainan perkataan dan gimik penjenamaan setiap kali tibanya musim pilihan raya.

“Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang fokus kepada kebajikan dan pembangunan ekonomi yang mampan, bukannya drama ketidakstabilan politik yang berulang-ulang.

“PRN Negeri Sembilan ini wajar dijadikan medan untuk rakyat menolak politik gimik dan memilih kepimpinan yang benar-benar konsisten serta berintegriti,” katanya.

 

Berita berkaitan
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
3 jam lalu· Politik
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
3 jam lalu· Isu semasa
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
22 jam lalu· Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
3 jam lalu · Politik
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
3 jam lalu · Politik
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
5 jam lalu · Politik
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
5 jam lalu · Politik
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
12 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok