Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hanyalah satu bentuk persefahaman bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri, bukannya satu gabungan politik.
Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata persefahaman itu setakat ini hanya dilaksanakan pada PRN Negeri Sembilan dan belum diperluaskan ke negeri lain, termasuk ketika PRN Johor sebelum ini.
“Ia satu persefahaman, bukan gabungan. Itu sangat-sangat berbeza. Persefahaman yang kita jayakan di peringkat ini adalah supaya tiada pertembungan.
“Atas sebab itulah, parti-parti ini boleh mempunyai pandangan berbeza-beza. Tiada masalah, sebab kita bukan gabung. Jangan terkeliru dalam soal ini.
“Buat ketika ini (persefahaman berlaku di PRN Negeri Sembilan), tetapi sejauh mana dan ke mana ia akan pergi, kita akan lihat…masa akan menentukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang berpandangan kerjasama BN dan PN berpotensi bertahan lebih lama susulan hubungan baik yang ditunjukkan kedua-dua parti sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan.
Mohamed Khaled berkata persefahaman yang diwujudkan mempunyai makna besar dalam memperkukuh perpaduan orang Melayu demi kestabilan negara dan usaha itu tidak seharusnya dipertikaikan.
Menurutnya, perpecahan dalam kalangan bangsa majoriti boleh memberi kesan kepada perpaduan negara secara keseluruhan.
“Tak wajar ada mana-mana pihak mempertikaikan ataupun merendah-rendahkan. Islam sendiri menyeru kepada perpaduan di kalangan umatnya.
“Jadi, kalau orang Melayu semua ada penyatuan, ada perpaduan yang tinggi, apa masalahnya…itu baik untuk negara, itu satu yang positif.
“BN dengan segala pencapaiannya, pengalamannya dan pendekatan sederhananya, masyarakat lain, kaum-kaum lain tidak patut bimbang lebih-lebih lagi UMNO melalui BN sentiasa bawa kaum-kaum yang lain dan seperti yang telah BN selalu nyatakan… dalam kita nak mengurus Malaysia, kita terima kepelbagaian negara.
“UMNO daripada dahulu mengambil pendekatan menghormati kepelbagaian. Kita di atas sebab kita tidak pernah mengamalkan sikap asimilasi,” katanya.
PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN dan PN mencapai persefahaman untuk mengelakkan pertembungan di beberapa kerusi.
Langkah itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam landskap politik negara susulan kedua-dua gabungan sebelum ini bersaing antara satu sama lain dalam beberapa pilihan raya.
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih