PKR tidak perlu bersaing politik identiti

2 jam lalu · Politik

Politik identiti tidak lagi wajar menjadi ukuran dalam menilai sesebuah kerajaan, sebaliknya rakyat perlu memberi tumpuan kepada prestasi pentadbiran dalam menyelesaikan masalah negara.

Naib Presiden PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR tidak mungkin mendakwa lebih Melayu berbanding UMNO atau Bersatu, malah tidak mampu mengatasi PAS sebagai parti yang membawa imej Islam.

“Tak mungkin saya dan Keadilan (PKR) boleh mengaku kami lebih Melayu daripada UMNO atau Bersatu ataupun saya nak kata saya boleh lebih Islamik daripada Pas kerana niche dia adalah parti Islam. Jadi siapa menang? It’s a zero-sum game, tak ada pemenang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini.

Saifuddin berkata, selepas 69 tahun negara mencapai kemerdekaan, perdebatan politik perlu beralih daripada isu identiti kaum dan agama kepada keupayaan kerajaan menangani cabaran sebenar yang dihadapi rakyat.

Menurutnya, politik berasaskan prestasi membolehkan rakyat menilai pencapaian kerajaan secara objektif, termasuk usaha membasmi kemiskinan dan menangani penyalahgunaan dadah.

“Negeri miskin ini dikaitkan dengan apa? Insiden dadah yang paling tinggi di Malaysia bagi setiap 100,000 penduduk. Jadi bila paling miskin, dadah paling teruk, tiba-tiba kita hanya bercakap tentang politik identiti Melayu, Cina, India.

“Sebab apa? Sebab tak ada masa untuk rakyat semak politik prestasi. Kenapa kemiskinan masih lagi serius? Kemiskinan diikuti pula dengan kelemahan-kelemahan lain. Kalau nak bercakap tentang Islam dan Melayu terancam, Melayu terancam apabila kemiskinan bermaharajalela,” katanya.

Beliau turut menegaskan dasar membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum akan memberi manfaat kepada semua rakyat, malah orang Melayu dijangka menjadi kumpulan penerima terbesar kerana merupakan golongan paling ramai berada dalam kategori miskin berdasarkan statistik.

“Kalau kita letakkan satu dasar membasmi kemiskinan, kita tahu secara statistiknya orang Melayu di negara kita paling ramai yang miskin.

“Kalau dasar itu membasmi kemiskinan, sementara Cina miskin dibantu, India miskin dibela tetapi dasar membasmi kemiskinan tanpa mengenal warna kulit, orang Melayu akan menjadi penerima manfaat terbesar sebab mereka paling ramai yang miskin.

“Kalau pemerintah datangkan satu program untuk benar-benar berusaha ke arah kemiskinan sifar, itu dasar yang betul. Kita ajar rakyat menilai mengikut prestasi.

“Berbeza dengan kita ajak rakyat berbahas di satu sudut iaitu politik identiti. Sudah sampai masanya kita mengajak rakyat berganjak dan menilai mengikut prestasi,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada perhimpunan bulanan KDN, Saifuddin menggesa rakyat meninggalkan politik identiti yang hanya mewujudkan perbezaan antara ‘kami’ dan ‘mereka’, sebaliknya mengutamakan politik prestasi yang memberi manfaat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau turut menjelaskan kenyataannya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kempen pilihan raya atau pengundian awal, sebaliknya disampaikan sebagai mesej umum mengenai keperluan menilai kerajaan berdasarkan prestasi.

 

Berita berkaitan
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
4 jam lalu· Politik
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
13 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
21 jam lalu· Politik
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
July 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
22,339 anggota keselamatan mengundi awal esok
4 jam lalu · Politik
PAS salahkan laporan Malaysiakini cetus polemik kenyataan Sanusi
4 jam lalu · Politik
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
16 jam lalu · Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
16 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khalid Samad lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
5 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok