PAS sebelum ini membuat keputusan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Bersatu.
PAS mencabar Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menunaikan janji untuk menubuhkan gabungan politik baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini susulan dakwaan Perikatan Nasional (PN) telah “dirosakkan” oleh parti itu.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataan Muhyiddin itu sepatutnya diterjemahkan kepada tindakan, memandangkan beliau sendiri mendakwa PN tidak lagi berfungsi seperti yang diharapkan.
“Kalau PN sudah rosak, tentunya beliau tidak akan terus bersama gabungan yang dianggap sudah rosak. Bagi saya, kita tunggu janji beliau untuk membentuk gabungan politik baharu selepas PRN Negeri Sembilan nanti,” katanya dipetik laporan media.
Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang sebelum ini menggesa PAS meninggalkan PN selepas parti Islam itu memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu.
Muhyiddin dilaporkan berpendapat PAS sepatutnya keluar daripada PN kerana keputusan memutuskan hubungan politik dibuat oleh parti berkenaan, manakala Bersatu berhak kekal dalam gabungan itu sebagai antara pengasasnya.
Malah, bekas perdana menteri itu turut mengumumkan hasrat Bersatu untuk menubuhkan sebuah gabungan politik baharu selepas PRN Negeri Sembilan bersama beberapa parti lain, termasuk parti yang berada di bawah Ikatan Prihatin Rakyat.
Mengulas perkembangan itu, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan pendirian Bersatu yang masih mahu berada dalam PN walaupun bertanding menentang calon gabungan tersebut pada PRN Negeri Sembilan.
Menurutnya, tindakan itu dilihat bercanggah dengan kenyataan pimpinan Bersatu yang berterusan mengkritik PN.
“Kalau sudah menyerang PN, tetapi masih mahu bersama PN, ia agak janggal,” katanya.
Beliau turut mendakwa kempen Bersatu sepanjang PRN Negeri Sembilan lebih banyak menyasarkan PAS berbanding menyerang lawan politik lain seperti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, Bersatu menggunakan lambangnya sendiri di 24 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, termasuk lapan kerusi yang turut menyaksikan pertembungan dengan calon PN.
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
PAS salahkan laporan Malaysiakini cetus polemik kenyataan Sanusi
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih