Isham Jalil dibebaskan daripada tuduhan hina mahkamah berkait 1MDB

July 8, 2025 · Politik

Penyokong kuat Najib Razak yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil dibebaskan daripada pertuduhan menghina mahkamah berhubung kenyataan berkaitan kes 1MDB melibatkan Najib Razak.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan itu dibuat selepas Hakim K Muniandy berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kenyataan Isham pada akhir tahun 2023 menimbulkan risiko sebenar terhadap pentadbiran keadilan.

“Dakwaan pentadbiran keadilan telah terpesong atau tercemar oleh kenyataan tersebut tidak dapat diterima,” katanya dipetik laporan FMT.

Muniandy turut berkata dakwaan bahawa kenyataan Isham mencemarkan imej badan kehakiman juga dilihat tidak berasas.

Permohonan untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Isham difailkan pada 28 Disember 2023, berkaitan kenyataan yang didakwa dibuat beliau dalam satu temu bual bertajuk “Townhall for Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa” yang disiarkan pada 30 September melalui akaun Facebook Malaya Post.

Dalam afidavit difailkan bagi menyokong permohonan itu, Timbalan Pendakwa Raya Mustapha Kunyalam mendakwa Isham telah memberikan ulasan mengenai perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International melibatkan Najib, serta perjalanan rayuan akhir kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

Isham turut didakwa menuduh Hakim Collin Lawrence Sequerah dan Nazlan Ghazali bersikap berat sebelah serta sepatutnya menarik diri daripada mendengar kes-kes berkenaan.

Hakim Sequerah kini mengetuai perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi, manakala Hakim Nazlan merupakan hakim yang mensabitkan Najib dalam kes SRC.

Kedua-duanya kini berkhidmat di Mahkamah Rayuan.

Mustapha juga mendakwa Isham telah menyatakan panel lima hakim yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, yang mendengar rayuan akhir Najib dalam kes SRC, telah mengadili kes itu secara tidak adil.

Menurut afidavit tersebut, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Isham boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap badan kehakiman dan boleh dianggap sebagai satu bentuk campur tangan terhadap pentadbiran keadilan.

Berita berkaitan
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
11 jam lalu· Isu semasa
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
11 jam lalu· Politik
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
11 jam lalu· Isu semasa
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
9 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
11 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
15 jam lalu · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
15 jam lalu · Politik
Kemelut takhta: Majlis menghadap Tunku Nadzaruddin batal, Balai Undang dikawal polis
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok