Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah

September 23, 2026 · Isu semasa

Syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL kini boleh mengambil langkah penguatkuasaan terhadap Rosmah Mansor bagi mendapatkan bayaran RM67.5 juta berhubung kehilangan 43 barang kemas yang didakwa berada dalam simpanannya.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Rayuan selepas panel tiga hakim sebulat suara menolak permohonan Rosmah untuk mendapatkan penangguhan tanpa syarat terhadap pelaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sementara menunggu rayuannya diputuskan.

Panel berkenaan dipengerusikan Mohd Firuz Jaffril bersama Amarjeet Singh Serjit Singh dan Aliza Sulaiman.

Dalam penghakimannya, Mohd Firuz berkata tiada alasan kukuh untuk membolehkan penangguhan tanpa syarat diberikan kepada Rosmah.

“Isu berkenaan sudah dipertimbangkan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan tiada percanggahan dengan akujanji interim yang diberikan dalam prosiding berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Beliau turut menegaskan tiada keadaan yang menghalang pelaksanaan penghakiman berkenaan.

“Datuk David, you can do whatever you want,” katanya kepada peguam Global Royalty, David Gurupatham.

Sementara itu, David berkata Rosmah sebelum ini gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi supaya menjelaskan bayaran dalam tempoh 30 hari, termasuk kos RM75,000 kepada setiap pihak berkaitan.

“Kami adalah pemiutang penghakiman. Kami berhak mendapatkan bayaran. Beliau tidak mematuhi perintah mahkamah dan tidak membayar kos,” katanya selepas prosiding.

Menurutnya, alasan Rosmah hanya mempunyai barang kemas bernilai kira-kira RM60 juta yang tertakluk kepada akujanji dalam saman berkaitan 1MDB tidak menghalang pihaknya daripada mengambil tindakan terhadap aset lain.

David berkata satu lagi aset yang dikemukakan Rosmah ialah akaun Affin Bank dengan baki RM20 dan berstatus dorman.

“Bagaimana seseorang hidup dengan RM20 dalam akaun yang dorman? Beban adalah ke atas mereka untuk membuktikan mereka tidak mempunyai aset lain,” katanya.

Beliau berkata Global Royalty boleh kembali ke Mahkamah Tinggi untuk mengambil langkah penguatkuasaan atau mendapatkan aset lain milik Rosmah.

Pada 10 Jun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membayar RM67.5 juta kepada Global Royalty selepas mendapati beliau bertanggungjawab terhadap kehilangan 43 daripada 44 barang kemas yang didakwa berada dalam simpanannya.

Kes itu bermula selepas Global Royalty memfailkan saman pada 29 Mac 2023. Syarikat berkenaan mendakwa 44 barang kemas termasuk rantai berlian, gelang tangan dan tiara dihantar kepada Rosmah melalui ejennya.

Global Royalty mendakwa hanya satu daripada 44 barang kemas itu berada dalam simpanan polis, manakala baki 43 tidak pernah berada dalam jagaan pihak berkuasa.

Syarikat itu kemudian mendakwa barang kemas terbabit hilang dan Rosmah cuba mengalihkan tanggungjawab kepada Kerajaan Malaysia.

Berita berkaitan
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
September 23, 2026· Isu semasa
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
4 jam lalu· Politik
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
17 jam lalu· Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
September 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
September 23, 2026 · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
September 23, 2026 · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
18 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok