Myanmar setuju terima semula 5,000 Rohingya dari Malaysia

July 29, 2026 · Isu semasa

Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia hasil hubungan diplomatik yang erat antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata persetujuan itu menjadi langkah awal ke arah penyelesaian isu pelarian Rohingya yang berlarutan sejak sekian lama, di samping membantu memastikan ketenteraman awam di Malaysia terus terpelihara.

“Orang kata ‘hantar balik, hantar balik’. Nak hantar balik ke mana? Myanmar tidak mahu terima.

“Itu sebabnya hubungan baik dengan Myanmar penting. Sekarang ini mereka setuju ambil 5,000 orang dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang Bersama PMX di Simpang Durian, hari ini.

Menurut Anwar, Myanmar turut bersetuju menerima semula kira-kira 300,000 pelarian Rohingya yang kini berada di Bangladesh, sekali gus menunjukkan kesediaan negara itu untuk bekerjasama dalam menangani krisis kemanusiaan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan rundingan dengan Myanmar bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian yang turut memberi kesan kepada beberapa negara di rantau Asia Tenggara.

Dalam masa sama, Anwar menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan pelarian Rohingya yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau kehidupan masyarakat tempatan.

“Saya sudah beri amaran dan saya juga sudah arahkan kepada polis. Saya tidak mahu Rohingya ganggu jalan raya dan tempat-tempat awam. Ini Malaysia, tak boleh dia ganggu kita. Jadi polis akan ambil tindakan, pindahkan dia. Kita cegah.

“Sebab itu saya beritahu kepada orang Rohingya, duduk baik-baik, kita sedia tempat asing. Kamu jangan ganggu perniagaan orang Malaysia, jangan ganggu lalu lintas dan tempat mereka duduk, nanti orang marah,” katanya.

Malaysia sejak sekian lama menjadi antara negara yang menerima pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada konflik dan penindasan di Myanmar. Namun, kerana Malaysia bukan negara penandatangan Konvensyen Pelarian 1951, isu pengurusan pelarian sering menjadi cabaran, termasuk dari aspek keselamatan, kebajikan dan hubungan diplomatik dengan negara asal mereka.

Persetujuan terbaharu itu dilihat sebagai perkembangan penting dalam usaha mencari penyelesaian secara berperingkat melalui kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Myanmar.

 

Berita berkaitan
Kenyataan fitnah, Anwar tuntut Tuan Ibrahim mohon maaf
5 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu episod kerugian Tabung Haji tidak berulang
10 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Tiada siapa kebal, laporan RCI TH didedah supaya salah laku disiasat
19 jam lalu· Politik
Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM
July 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
KDN tunggu hasil siasatan isu ucapan Sanusi
9 jam lalu · Isu semasa
Laporan RCI Tabung Haji tamparan buat umat Islam, buka mata rakyat
9 jam lalu · Isu semasa
Kes hantaran palsu: Papagomo perlu bela diri September ini
11 jam lalu · Isu semasa
Tabung Haji bayar bonus besar RM220 juta ketika defisit: RCI
11 jam lalu · Isu semasa
MCMC, LLM berganding bahu atasi kawasan internet lemah di lebuh raya negara
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Altimet gesa tumpuan diberi kepada nasib pendeposit Tabung Haji
6 jam lalu
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
July 29, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok