PRN NS: SPRM terima empat aduan dakwaan politik wang

2 jam lalu · Isu semasa

SPRM menerima empat laporan berkaitan dakwaan politik wang sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat Khamis melibatkan dua calon dan dua pengundi awal.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata semua aduan yang diterima sedang disiasat bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah atau kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya.

“Setakat semalam (Khamis), kita terima empat laporan terhadap dua calon dan dua pengundi awal. Aduan dilaporkan membabitkan pemberian wang tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, SPRM turut mengaktifkan bilik gerakan sepanjang tempoh PRN Negeri Sembilan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan sebarang dakwaan rasuah atau salah laku pilihan raya.

Menurutnya, setiap laporan akan diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“SPRM telah menjalankan penyiasatan untuk melihat dan mengkaji sama ada aduan terbabit mempunyai unsur rasuah atau menjurus kepada kesalahan pilihan raya,” katanya.

Sebelum ini, Penyelaras Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Badrul Hisham Shaharim atau Chegubard mendakwa Pusat Media Perikatan Nasional (PN) didatangi sekumpulan anggota polis yang kononnya mengadu menerima wang antara RM300 hingga RM500.

Susulan dakwaan itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad memaklumkan siasatan akan dijalankan secara telus sekiranya laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan.

Beliau turut menjelaskan, jika siasatan mendapati dakwaan itu melibatkan unsur rasuah atau salah laku berkaitan pilihan raya, kes tersebut akan dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan pemantauan sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan proses pilihan raya berlangsung secara telus, bersih dan mematuhi undang-undang.

 

Berita berkaitan
Lapan pegawai SPRM masuk Ibu Pejabat TH, mulakan siasatan
July 31, 2026· Isu semasa
PRN NS: PH sasar menang minimum 19 kerusi
July 31, 2026· Politik
Prestasi ekonomi bukti PH wajar terus pimpin Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
RCI TH didedah ikut proses, tunggu persetujuan Kabinet nyahklasifikasi: Fahmi
18 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
TH jual aset RM9.7 bilion elak institusi daripada lumpuh
3 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan fitnah, Anwar tuntut Tuan Ibrahim mohon maaf
17 jam lalu · Isu semasa
KDN tunggu hasil siasatan isu ucapan Sanusi
20 jam lalu · Isu semasa
Laporan RCI Tabung Haji tamparan buat umat Islam, buka mata rakyat
20 jam lalu · Isu semasa
Anwar mahu episod kerugian Tabung Haji tidak berulang
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] NGO Melayu N9 seru rakyat pertahan kestabilan dan agenda pembangunan, tolak fitnah dan sentimen kaum
July 31, 2026
[VIDEO] Jangan guna laporan RCI untuk bersihkan pemimpin salah tadbir TH walaupun tiada ‘sakau’
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok