PH persoal pengundi bawa slip berlogo BN dalam pusat mengundi

August 1, 2026 · Politik

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G. Manivanan mempersoalkan tindakan seorang pengundi yang didakwa membawa slip undi memaparkan logo Barisan Nasional (BN) ke dalam pusat mengundi ketika proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pada Sabtu.

Menurut beliau, kejadian itu didakwa berlaku di bilik mengundi Saluran 5, Sekolah Kebangsaan Rompin dan menimbulkan persoalan sama ada tindakan berkenaan mematuhi peraturan pilihan raya yang ditetapkan.

“Saya mempersoalkan bagaimana slip undi yang memaparkan logo parti politik boleh dibawa masuk ke dalam pusat mengundi sedangkan peraturan pilihan raya jelas melarang perkara sedemikian,” katanya.

Beliau berharap perkara itu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan proses pengundian berjalan secara adil serta mematuhi undang-undang.

Mengikut Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, seseorang pengundi tidak dibenarkan memakai, memegang atau membawa sebarang pakaian, lencana, bendera, lambang atau apa-apa barangan yang memaparkan nama calon, simbol atau logo mana-mana parti politik ketika berada di pusat mengundi atau dalam lingkungan 50 meter dari kawasan berkenaan.

Mana-mana individu yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan pengundian berlangsung hari ini bagi memilih kerajaan negeri baharu selepas kempen selama dua minggu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengingatkan semua parti politik, penyokong dan pengundi supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, aman dan teratur.

Berita berkaitan
PRN N9: SPR sahkan kemenangan BN
August 1, 2026· Isu semasa
Keputusan PRN NS: PH hargai sokongan pengundi, kesal corak kempen perkauman
August 1, 2026· Politik
Lebih 443,000 sudah keluar mengundi setakat 2 petang
August 1, 2026· Isu semasa
Polis terima 92 laporan sepanjang Kempen PRN Negeri Sembilan
August 1, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
10 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
14 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
18 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
18 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok