PRN Melaka: 14 November hari mengundi, penamaan calon 31 Oktober

October 7, 2026 · Politik

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan berlangsung pada 14 November ini, dengan proses penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober manakala pengundian awal pula pada 10 November.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh itu selepas mengadakan mesyuarat khas susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 pada 23 September lalu.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata, writ pilihan raya turut dikeluarkan hari ini selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka mengenai pembubaran berkenaan.

Menurutnya, PRN Melaka ke-16 perlu diadakan bagi mengisi kekosongan 28 kerusi DUN.

“Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 31 Oktober sehingga 11.59 malam, 13 November,” katanya pada sidang media PRU DUN Melaka ke-16 di Banda Hilir, hari ini.

Beliau berkata, seramai 687,697 pemilih layak mengundi pada PRN kali ini berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Julai 2026 yang dikemas kini pada 22 September lalu.

Daripada jumlah itu, 675,166 merupakan pengundi biasa, manakala 9,769 terdiri daripada anggota tentera serta pasangan mereka dan 2,762 anggota polis.

Penetapan tarikh pengundian itu kini membuka secara rasmi gelanggang persaingan politik di Melaka, dengan parti-parti yang bakal bertanding mempunyai tempoh lebih sebulan untuk mempersiapkan calon, jentera dan strategi masing-masing.

Berita berkaitan
Muda bidas BN gopoh umum peletakan jawatan MB Negeri Sembilan
3 jam lalu· Politik
UMNO mahu penjelasan isu minit Lembaga Pengampunan Najib yang bocor
3 jam lalu· Politik
Kontroversi pantun ‘kencing’, Mat Maslan tampil mohon maaf kepada PMX
3 jam lalu· Politik
BN kemuka satu nama calon MB Negeri Sembilan, masih mahu tukar Ismail
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mat Maslan perlu minta maaf secara terbuka di Dewan Rakyat, gesa AMK Johor
3 jam lalu · Politik
Minit rahsia dedah bantahan AG, menteri terhadap tahanan rumah Najib: Bernama
3 jam lalu · Politik
Tular berita DUN Perak bubar, Pejabat MB tampil nafi
3 jam lalu · Politik
Tuanku Muhriz titah Ismail teruskan tugas MB seperti biasa: Laporan
3 jam lalu · Politik
Aminuddin: Jangan heret institusi adat dalam kemelut politik UMNO
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
20 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok