Sidang khas Dewan Rakyat bahas RCI Tabung Haji pada 11 Ogos: Fahmi

August 5, 2026 · Isu semasa

Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji akan berlangsung pada 11 Ogos ini, dengan sesi perbahasan dijangka berlarutan tanpa waktu rehat susulan minat tinggi dalam kalangan Ahli Parlimen.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini, selain memaklumkan Speaker Dewan Rakyat telah bersetuju supaya sidang khas tersebut dijalankan secara berterusan.

Menurutnya, setakat ini dianggarkan antara 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan laporan berkenaan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini membincangkan sesi sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Tabung Haji yang telah dijadualkan pada 11 Ogos.

“Jemaah Menteri dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat telah bersetuju sidang ini diadakan secara berterusan tanpa waktu rehat. Pada ketika ini dianggarkan sekurang-kurangnya 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan kesediaan dan minat untuk membahaskan isu tersebut,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Fahmi turut menggalakkan orang ramai mengikuti perjalanan sidang khas itu menerusi siaran langsung yang akan disediakan di semua saluran media rasmi.

“Kita boleh mengikuti siaran langsung di semua saluran media rasmi sepanjang berlangsungnya sidang khas Dewan Rakyat itu,” katanya.

Sidang khas tersebut dijangka menjadi antara tumpuan utama persidangan Parlimen memandangkan laporan RCI Tabung Haji mengandungi pelbagai dapatan serta syor berkaitan isu tadbir urus, pengurusan dan keputusan pelaburan institusi berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan laporan penuh RCI Tabung Haji akan dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat bagi memberi ruang kepada Ahli Parlimen meneliti dapatan suruhanjaya serta mengemukakan pandangan mengenai langkah susulan yang perlu diambil.

Perkembangan itu turut menyusul tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan beberapa individu termasuk bekas pegawai kanan yang dikaitkan dengan siasatan susulan hasil penemuan RCI, sekali gus meningkatkan perhatian terhadap sidang khas berkenaan.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
20 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
20 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
3 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
4 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
4 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok