Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Peruntukan melalui sistem Mesra Rakyat (MyKhas) disalurkan terus untuk kepentingan rakyat dan tidak pernah diberikan kepada Ahli Parlimen, kata Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi berkata, peruntukan tersebut merupakan Peruntukan Khas Perdana Menteri yang terkandung dalam dokumen Rancangan Malaysia (RMK) dan Belanjawan Negara, manakala kaedah penyalurannya ditentukan mengikut keperluan.
Menurut Fahmi, kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung penyaluran peruntukan terus kepada rakyat adalah tepat dan tidak seharusnya dipertikaikan.
“Apa yang Perdana Menteri sebutkan itu betul, tepat dan benar. Peruntukan yang dimaksudkan adalah Peruntukan Khas Perdana Menteri. Maka terpulang kepada Perdana Menteri bagaimana untuk menyalurkannya.
“Macam saya pun, MyKhas tidak boleh digunakan untuk saya. MyKhas digunakan untuk rakyat, penduduk dan pengundi dalam Parlimen. Duit itu tidak pernah sekali-kali pergi kepada Ahli Parlimen,” katanya semasa merasmikan Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Imbi Convention Hall, Cheras, hari ini.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, dana MyKhas dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan permohonan bantuan boleh disalurkan melalui agensi berkenaan.
Katanya, mekanisme itu turut boleh digunakan bagi membantu rakyat di kawasan yang ditadbir wakil pembangkang.
“Jadi mekanismenya seperti yang Perdana Menteri telah umumkan, ia tidak menjadi apa-apa masalah atau isu kerana duit itu akan terus disampaikan kepada rakyat,” katanya.
Kenyataan itu dibuat susulan penjelasan Anwar semalam yang menegaskan peruntukan kerajaan digunakan bagi membiayai projek pembangunan dan kebajikan rakyat, bukan disalurkan terus kepada Ahli Parlimen.
Isu itu timbul selepas Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dilaporkan mendakwa pusat khidmatnya tidak lagi boleh mengakses sistem MyKhas yang digunakan bagi menguruskan peruntukan pembangunan kawasan.
Fahmi menjelaskan, kaedah penyaluran peruntukan boleh berbeza mengikut kawasan.
Di Ampang, katanya, mekanisme berkenaan dikendalikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin, manakala di Petaling Jaya ia diselaraskan menerusi Ketua Cabang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Beliau menegaskan, perbezaan mekanisme itu tidak menjejaskan matlamat utama peruntukan berkenaan, iaitu memastikan bantuan dan manfaat sampai terus kepada rakyat.
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri