Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS

August 24, 2026 · Politik

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengesahkan beliau akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS yang dijadual berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September ini.

Kehadiran itu susulan jemputan rasmi Pemuda PAS kepada kepemimpinan Pemuda UMNO, sekali gus membuka ruang kepada kedua-dua sayap parti berkenaan bertemu dalam program rasmi.

Akmal berkata, beliau sudah menyatakan komitmen untuk hadir bersama barisan kepemimpinan Pemuda UMNO.

“Pertamanya memang ada jemputan daripada Pemuda PAS untuk menghadiri muktamar berkenaan dan insya-Allah, saya sudah menyatakan komitmen untuk hadir,” katanya selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Perkembangan itu menarik perhatian susulan hubungan politik antara UMNO dan PAS yang pernah menjadi sebahagian daripada kerjasama politik melalui Muafakat Nasional, sebelum hubungan kedua-dua parti berdepan perubahan selepas pembentukan beberapa gabungan politik baharu.

Dalam perkembangan berkaitan, Akmal berkata Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pada 10 September nanti akan memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU).

Menurutnya, perhimpunan itu turut menjadi ruang kepada perwakilan mencadangkan idea dan dasar untuk dipertimbangkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN).

“Pada perhimpunan itu nanti kita akan buka untuk perwakilan mencadangkan perkara terbaik untuk dimasukkan dalam manifesto BN dalam mendepani PRU.

“Kita akan dengar pandangan serta cadangan daripada perwakilan dan seterusnya dibawa berbincang ke peringkat tertinggi parti untuk diputuskan,” katanya.

Akmal yakin barisan Pemuda UMNO mempunyai pelbagai cadangan yang boleh diketengahkan bagi memperkukuh persediaan parti menghadapi pilihan raya akan datang.

“Saya yakin, perwakilan Pemuda banyak idea yang boleh diketengahkan dan sudah pasti kita akan pertimbangkan,” katanya.

Berita berkaitan
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
4 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
August 23, 2026 · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok