Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor

August 24, 2026 · Politik

UMNO perlu meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika mahu membuka laluan untuk kembali menduduki jawatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bendahari PAS, Iskandar Abdul Samad berkata hasrat itu sukar dicapai jika UMNO meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), memandangkan jawatan Perdana Menteri dalam gabungan berkenaan masih dikaitkan dengan calon daripada PKR.

Katanya, kerjasama BN-PN di Melaka perlu diteruskan bagi memastikan momentum sokongan pengundi Melayu dapat dikekalkan sehingga PRU akan datang.

“Saya rasa mood sokongan pengundi Melayu menjadi faktor utama. PRN Negeri Sembilan baru-baru ini menunjukkan lebih 70 peratus pengundi Melayu menyokong gabungan BN-PN.

“Gabungan yang wujud ini perlu diteruskan di Melaka agar ia berlanjutan sehingga ke PRU. Jika ia terhenti di Melaka, ia tidak akan sampai kepada PRU.

“Maka hasrat UMNO untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian. Jika UMNO mahu menjadi Perdana Menteri, teruskan kerjasama BN-PN,” katanya dilaporkan Utusan.

Iskandar turut yakin rundingan antara BN dan PN termasuk pembahagian kerusi serta pemilihan calon dapat dimuktamadkan sebelum PRN Melaka.

Kenyataan itu dibuat ketika PAS semakin terbuka menggesa BN mempertimbangkan kerjasama politik dengan PN atas nama ‘Perpaduan Ummah’ menjelang PRN Melaka.

Sebelum ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, rundingan antara kedua-dua gabungan masih berjalan, selain mendakwa terdapat sokongan dalam BN termasuk daripada kepimpinan Pemuda dan akar umbi untuk bekerjasama dengan PN.

Mengulas kekuatan PN di Melaka, Iskandar berkata PAS dan Bersatu mempunyai pengaruh di kawasan yang merangkumi 14 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Jumlah itu membabitkan lima kerusi DUN di bawah Parlimen Masjid Tanah, empat di Tangga Batu dan lima di Jasin.

“Kesemua 14 kerusi merupakan satu jumlah yang banyak dan Melaka ada 28 kerusi DUN secara keseluruhan. Oleh itu, BN perlu bekerjasama dengan PAS dan PN kerana sokongan rakyat yang tinggi terhadap gabungan ini,” katanya.

PRN Melaka bakal menjadi antara medan penting untuk menentukan hala tuju hubungan BN-PN, khususnya dalam usaha masing-masing membentuk strategi menghadapi PRU akan datang.

Berita berkaitan
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
2 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
2 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
6 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
6 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok