MP Bersatu tak keluar dewan, isu RCI TH penting untuk dibahas: Radzi

8 jam lalu · Politik

Ahli Parlimen Bersatu tidak menyertai tindakan blok pembangkang lain keluar dari Dewan Rakyat ketika sesi khas membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), hari ini.

Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin berkata, isu berhubung RCI TH terlalu penting untuk rakyat dan tidak wajar dijadikan medan drama politik.

Menurutnya, Bersatu memilih untuk terus berada dalam Dewan Rakyat bagi mengikuti perbahasan berhubung laporan itu.

“Ahli-ahli Parlimen Bersatu adalah pembangkang. Kami tidak akan walk out. Ini isu penting bagi rakyat dan tidak perlu drama politik.

“Kami bahkan minta supaya dipanjangkan tempoh perbahasan. Rakyat perlukan kebenaran,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Ahli Parlimen pembangkang memutuskan untuk tidak menyertai sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan laporan RCI TH selepas usul meminta penangguhan sidang ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Sebelum itu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat 13 bagi meminta sidang khas itu ditangguhkan.

Antara alasan dikemukakan ialah ketidakhadiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam sidang khas berkenaan.

Bagaimanapun, Johari memutuskan sidang khas diteruskan seperti dijadualkan, dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan memberikan penerangan berhubung laporan RCI TH.

Susulan keputusan itu, wakil rakyat PN dilihat bangun dari tempat duduk masing-masing sebelum beredar keluar dari Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Anwar memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam sidang khas itu.

Anwar kini menjalani rawatan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Semalam, Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah memaklumkan Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut.

Laporan RCI TH menjadi perhatian selepas kerajaan memutuskan untuk membentangkannya di Dewan Rakyat bagi membolehkan ahli Parlimen membahaskan penemuan serta cadangan berkaitan pengurusan institusi kewangan Islam berkenaan.

Berita berkaitan
Ibrahim Ali sindir PAS, sekutu ‘bela’ UMNO dalam isu RCI TH keluar dewan
August 11, 2026· Politik
Mahfuz: Kalau mahu bela pendeposit TH, pembangkang patut duduk dan bahas
August 11, 2026· Politik
Syed Saddiq bidas pembangkang boikot keluar dewan, ini amanah pendeposit TH
August 11, 2026· Politik
Muhyiddin: Jangan lantik orang politik pimpin Tabung Haji
August 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu pertahan RCI TH, kecam tindakan Ahli Parlimen PN keluar dewan
6 jam lalu · Politik
CEO TH dalam lembaga 1MDB ketika beli tanah TRX, Parlimen diberitahu kerugian RM145.3 juta
6 jam lalu · Politik
Keluar Dewan: Pembangkang PN tak peduli amanah pendeposit Tabung Haji?
7 jam lalu · Politik
Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung kenyataan fitnah
7 jam lalu · Politik
Bendera tanpa bulan bintang, Akmal mahu penjelasan MBKT
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
6 jam lalu
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok