Dr Muhamad Akmal Saleh.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mengarahkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memeriksa kesan jahitan pada Jalur Gemilang yang dilaporkan kehilangan simbol bulan sabit dan bintang di Dataran Batu Buruk.
Akmal berkata pemeriksaan itu penting bagi mengesahkan penjelasan pihak berkuasa tempatan yang mendakwa simbol pada bendera berkenaan sebenarnya dijahit tetapi tertanggal akibat tiupan angin pantai yang kuat.
Katanya, jika benar simbol itu tertanggal, kesan jahitan sepatutnya masih boleh dilihat pada bendera berkenaan.
“Kalau ada (kesan jahitan), maka rakyat boleh tahu yang mana satu betul, yang mana satu salah.
“Jika tiada tanda jahitan, saya minta Menteri Besar mengambil tindakan tegas terhadap orang yang menggantung bendera itu jika dia tahu bendera tersebut memang sudah tidak ada simbol bulan sabit dan bintang,” katanya dalam video yang dimuat naik malam tadi.
Permintaan itu dibuat selepas Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer menyindir Pemuda UMNO kerana didakwa berdiam diri berhubung insiden berkenaan.
Sebelum ini, video yang tular di media sosial menunjukkan Jalur Gemilang dipasang tanpa simbol bulan sabit dan bintang ketika sambutan di Dataran Batu Buruk.
Samsuri kemudian menjelaskan kejadian itu berlaku secara tidak sengaja, manakala Datuk Bandar MBKT, Lizan Che Mat memaklumkan simbol berkenaan pada asalnya memang ada tetapi tertanggal akibat angin kuat.
Bendera terbabit kemudiannya digantikan.
Dalam perkembangan sama, Akmal turut mengaitkan insiden itu dengan kontroversi pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik di Pulau Pinang tahun lalu.
Ketika itu, seorang peniaga mendakwa pengibaran bendera secara terbalik berlaku akibat kesilapan, namun Akmal sebelum ini menegaskan ia dilakukan dengan sengaja.
Akmal kini berdepan pertuduhan berkaitan ancaman terhadap ketenteraman awam susulan demonstrasi di luar premis peniaga berkenaan tahun lalu.
Mahfuz: Kalau mahu bela pendeposit TH, pembangkang patut duduk dan bahas
Syed Saddiq bidas pembangkang boikot keluar dewan, ini amanah pendeposit TH
Muhyiddin: Jangan lantik orang politik pimpin Tabung Haji
Bersatu pertahan RCI TH, kecam tindakan Ahli Parlimen PN keluar dewan
CEO TH dalam lembaga 1MDB ketika beli tanah TRX, Parlimen diberitahu kerugian RM145.3 juta
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan