RM1.5 bilion kepada orang tengah, Al-Rawda jadi kerugian terbesar TH: Menteri Kewangan

19 jam lalu · Isu semasa

Pelaburan Al-Rawda di Arab Saudi menjadi kerugian terbesar dalam senarai pelaburan bermasalah Lembaga Tabung Haji (TH), selepas lebih RM1.5 bilion dibayar kepada pihak tengah untuk urusan pajakan empat hotel di Makkah dan Madinah.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata, menerusi perjanjian pajakan bagi tempoh 2015 hingga 2017, TH membayar SR1.4 bilion atau kira-kira RM1.5 bilion kepada pihak tengah untuk mendapatkan penginapan jemaah haji Malaysia.

Menurutnya, pihak berkenaan sepatutnya mengendalikan empat hotel terbabit dan membayar sewa berjumlah SR2.49 bilion kepada TH, namun bayaran itu gagal dilunaskan.

“Persoalannya, bagaimana kepimpinan TH pada waktu itu begitu berani membuat bayaran secara ‘upfront’ dengan nilai melebihi RM1.5 bilion? Jaminan pelaburan yang disandarkan hanya sekeping nota janji peribadi,” katanya ketika menggulung perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH di Dewan Rakyat semalam.

Amir Hamzah berkata, urus niaga itu turut mempunyai kelemahan lain apabila Al-Rawda gagal menyediakan jaminan bank seperti diminta Jabatan Pengurusan Risiko TH, selain laporan usaha wajar atau ‘due diligence’ tidak lengkap.

Bagaimanapun, katanya, kepimpinan TH ketika itu tetap meneruskan transaksi dengan hanya bergantung kepada nota jaminan tersebut.

“Lebih RM1.5 bilion wang umat Islam dipertaruhkan tanpa cagaran bernilai. Al-Rawda mula tidak membayar sejak suku pertama 2019 dan nota janji yang disandarkan tidak dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan TH terpaksa menanggung kerugian selepas pelaburan berkenaan mengalami rosot nilai sepenuhnya berjumlah RM1.86 bilion pada 2024.

Menjawab soalan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) sama ada keempat-empat hotel itu digunakan sepenuhnya untuk jemaah haji Malaysia, Amir Hamzah berkata pihak ketiga gagal menyediakan penempatan berkenaan ketika musim haji.

Hotel terbabit bagaimanapun disewakan selepas musim haji bagi mendapatkan pulangan, namun hasilnya tidak mengatasi masalah utama dalam urus niaga tersebut.

“Apa yang ada dalam tangan Tabung Haji adalah nota perjanjian itu sahaja, dan sedikit pun tidak dapat kepada kita.

“Ini urus niaga yang cacat sejak awal, berat sebelah dan gagal melindungi umat Islam di Malaysia,” katanya.

Pelaburan Al-Rawda kini menjadi antara isu utama dalam prosiding RCI TH yang meneliti keputusan pelaburan serta pengurusan dana pendeposit, termasuk transaksi yang dibuat sebelum penstrukturan semula institusi itu.

Berita berkaitan
Fahmi: Langkah MP Bersatu dan Bebas bahas RCI TH disifatkan bertanggungjawab
9 jam lalu· Politik
Mahfuz hentam MP PAS, Wawasan: Jangan makan duit rakyat secara percuma
15 jam lalu· Politik
Kerajaan Madani tumpu usaha pulih TH, bukan raih keuntungan politik: Aiman Athirah
16 jam lalu· Politik
TH lulus beli pegangan dalam Putrajaya Perdana ketika dikawal Jho Low
19 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena HKHM 2026
9 jam lalu · Isu semasa
Wan Azizah: Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini
16 jam lalu · Isu semasa
Lesen judi: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan kerajaan Kedah
16 jam lalu · Isu semasa
Jerebu mula meningkat, lapan kawasan catat IPU tidak sihat
19 jam lalu · Isu semasa
RCI TH: Kerajaan suntik lebih RM10 bilion bantuan kewangan untuk selamatkan TH
August 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok