Fahmi: Langkah MP Bersatu dan Bebas bahas RCI TH disifatkan bertanggungjawab

4 jam lalu · Politik

Fahmi Fadzil memuji Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana hadir dan menjalankan tanggungjawab membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) pada sidang khas Dewan Rakyat, semalam.

Menteri Komunikasi berkata, tindakan wakil Bersatu itu mencerminkan sikap lebih bertanggungjawab berbanding beberapa wakil pembangkang lain yang tidak hadir untuk membahaskan laporan berkenaan.

“Setidak-tidaknya ahli Parlimen daripada Bersatu telah menjalankan fungsi mereka semalam dalam sidang khas Dewan Rakyat untuk membahas laporan RCI Tabung Haji.

“Itu adalah keputusan yang bijak, tepat dan berbeza dengan sikap parti-parti pembangkang lain daripada Perikatan Nasional,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Program Sambutan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 hari ini.

Beliau berkata, RCI Tabung Haji ditubuhkan pada 2021 dan proses siasatan itu disiapkan pada 2022, ketika beberapa pemimpin Pas dan Ketua Pembangkang ketika ini masih berada dalam kerajaan.

Fahmi berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan apabila pihak yang pernah berada dalam kerajaan ketika RCI dimulakan dan disiapkan tidak hadir untuk membahaskan laporan berkenaan di Dewan Rakyat.

“Tapi yang saya kesali, mereka langsung tidak mahu hadir untuk membahas. Ini cukup berbeza dengan sikap wakil rakyat Muar, ahli Parlimen Bersatu dan ahli Parlimen Bebas yang hadir menjalankan tanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, ketidakhadiran mereka menyebabkan peluang untuk membahaskan isu berkaitan kepentingan kira-kira 10 juta pendeposit TH terlepas.

“Mereka ada ketika RCI dimulakan, RCI selesai kerja, tetapi mereka enggan hadir untuk membahas. Mereka lari daripada apa? Betul kata Syed Saddiq, mereka tak hadir untuk membahas Perdana Menteri.

“Perdana Menteri yang sakit, tetapi mereka yang tidak buat kerja. Saya kesal dengan sikap pembangkang yang tidak menjalankan amanah kepada rakyat dan 10 juta pendeposit Tabung Haji,” katanya.

Laporan RCI TH menjadi tumpuan selepas Dewan Rakyat mengadakan sidang khas bagi membolehkan Ahli Parlimen membahaskan hasil siasatan berkaitan isu pengurusan dan tadbir urus institusi itu.

Fahmi turut menegaskan perbahasan laporan berkenaan penting kerana ia menyentuh kepentingan jutaan pendeposit TH, sekali gus memerlukan perhatian serius semua wakil rakyat tanpa mengira kedudukan politik.

Berita berkaitan
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena HKHM 2026
4 jam lalu· Isu semasa
Mahfuz hentam MP PAS, Wawasan: Jangan makan duit rakyat secara percuma
9 jam lalu· Politik
Wawasan didakwa kawal PN, Bersatu persoal pendirian gabungan
10 jam lalu· Politik
Kerajaan Madani tumpu usaha pulih TH, bukan raih keuntungan politik: Aiman Athirah
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman: Najib bantah 80 peratus keterangan bekas CEO 1MDB
4 jam lalu · Politik
Rosmah diberi sebulan bayar RM67.46 juta kepada syarikat emas Lubnan
10 jam lalu · Politik
Ibrahim Ali sindir PAS, sekutu ‘bela’ UMNO dalam isu RCI TH keluar dewan
August 11, 2026 · Politik
Mahfuz: Kalau mahu bela pendeposit TH, pembangkang patut duduk dan bahas
August 11, 2026 · Politik
Syed Saddiq bidas pembangkang boikot keluar dewan, ini amanah pendeposit TH
August 11, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok