Rakyat dapat 10GB data percuma sempena HKHM 2026

August 12, 2026 · Isu semasa

Rakyat Malaysia bakal menikmati 10GB data internet percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 menerusi Insentif Rebat RAHMAH hasil kerjasama Kementerian Komunikasi dengan lima syarikat telekomunikasi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata inisiatif itu membabitkan CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES, dengan manfaat diberikan kepada pengguna prabayar dan pascabayar yang layak.

Menurutnya, sebanyak 5GB data percuma akan diberikan pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini, manakala 5GB lagi pada Hari Malaysia, 16 September depan.

“Sebanyak 5GB data percuma akan diberikan pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2026, manakala 5GB lagi pada Hari Malaysia, 16 September 2026.

“Kaedah dan tempoh penebusan data internet percuma ini akan diperincikan oleh syarikat telekomunikasi, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 hari ini.

Fahmi berkata, kementerian juga akan memuat naik soalan lazim berkaitan inisiatif itu di laman sesawang Kementerian Komunikasi dalam tempoh terdekat bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai kelayakan dan kaedah penebusan.

Dalam perkembangan sama, beliau mengumumkan nilai keseluruhan tajaan HKHM 2026 yang disahkan Jawatankuasa Penajaan Kementerian Komunikasi setakat ini mencecah RM48.63 juta.

Daripada jumlah itu, RM2.7 juta adalah sumbangan dalam bentuk wang tunai, manakala RM45.93 juta lagi membabitkan barangan dan perkhidmatan.

“Jumlah ini merekodkan peningkatan amat memberangsangkan, iaitu lebih 118 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM22.3 juta,” katanya.

Fahmi berkata, daripada keseluruhan nilai tajaan, 50 peratus diperuntukkan dalam bentuk promosi, 30 peratus berupa barangan untuk diberikan kepada pengunjung, manakala baki 20 peratus disalurkan kepada jawatankuasa yang terbabit dalam penganjuran HKHM 2026.

Sambutan HKHM 2026 dijangka menjadi antara acara utama peringkat nasional dalam menyemarakkan semangat patriotisme rakyat menerusi pelbagai program menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
18 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
18 jam lalu· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
1 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
2 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok