PH yakin DAP utamakan kestabilan politik: Saifuddin Nasution

18 jam lalu · Politik

Pakatan Harapan (PH) yakin DAP akan mengambil kira kepentingan negara dan kestabilan politik dalam menentukan hala tuju parti itu, termasuk pendirian berhubung kedudukannya dalam kerajaan.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, DAP sebagai sebuah parti yang sudah lama bertapak dalam politik negara mempunyai kebijaksanaan untuk menilai keputusan terbaik bagi memastikan kestabilan politik terus terpelihara.

“Saya percaya kepimpinan DAP ada kebijaksanaan mereka, sebagai sebuah parti yang sangat kukuh sudah sekian lama.

“DAP tentunya akan meletakkan kepentingan negara daripada segi kestabilan politik dan juga meneruskan keadaan yang sudah pun sedia berjalan baik,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Helikopter A189 di Stesen Udara Maritim Subang hari ini.

Saifuddin berkata, DAP juga tidak mempunyai kewajipan untuk memberi taklimat kepada PH berhubung keputusan yang ingin dibuat parti itu.

“Tidak menjadi tanggungjawab DAP untuk memberi taklimat kepada PH bagi membuat keputusan sesuai dengan dasar dan pendekatan politik mereka,” katanya.

Kenyataan itu hadir menjelang Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang dijadual berlangsung Ahad ini, dengan lebih 4,200 perwakilan dari seluruh negara akan membincangkan serta menentukan hala tuju parti.

Persidangan berkenaan menjadi tumpuan susulan desakan dan perbahasan dalam kalangan anggota parti mengenai kedudukan DAP dalam kerajaan, termasuk kemungkinan untuk terus kekal atau mempertimbangkan pilihan lain.

Keputusan yang bakal dibuat DAP dilihat mempunyai implikasi terhadap hubungan dalam kerajaan, khususnya kestabilan pentadbiran semasa.

DAP merupakan antara parti utama dalam PH dan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dengan persidangan parti semakin hampir, pendirian DAP dijangka menjadi antara perkara yang diperhatikan rapat kerana ia berpotensi mempengaruhi dinamika politik negara.

Berita berkaitan
BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter
8 jam lalu· Isu semasa
AMK tegur politik ‘berselingkuh’ dalam Kerajaan Perpaduan
8 jam lalu· Politik
Kes dadah Jakarta: Bukit Aman diberi akses siasat juruterbang Malaysia
18 jam lalu· Isu semasa
Loke enggan layan spekulasi, tunggu Ahad selepas persidangan DAP
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji: Radzi jelaskan kenapa MP Bersatu kekal dalam Dewan
20 jam lalu · Politik
RCI TH: BN gesa elak tuduhan melulu, jangan dijadikan modal politik
21 jam lalu · Politik
Lesen judi Kedah: Kalah di mahkamah, kenapa Putrajaya pula dipersalahkan PAS?
21 jam lalu · Politik
RCI TH: Keluar Dewan Rakyat, pembangkang dikecam bersuara di TikTok makan gaji buta
21 jam lalu · Politik
Pembangkang PAS, Wawasan gagal guna ruang Parlimen bela kepentingan pendeposit TH
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok