AMK tegur politik ‘berselingkuh’ dalam Kerajaan Perpaduan

4 jam lalu · Politik

Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini berdepan ujian politik susulan tindakan pihak tertentu yang didakwa lebih mengutamakan kepentingan politik sendiri berbanding kepentingan rakyat dan negara.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan ‘berselingkuh’ ketika kerajaan sedang berusaha mengembalikan keyakinan rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap pentadbiran negara tidak seharusnya dipandang ringan.

Menurutnya, Anwar tetap menunjukkan sikap berjiwa besar meskipun berdepan tekanan politik bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.

“Tatkala dada kita dipasang sembilu dan ditikam bukan dari belakang, tetapi dari hadapan, Perdana Menteri kita masih berjiwa besar dan terus mengukir senyuman di hadapan rakyat demi menjaga maruah perjuangan dan kestabilan negara.

“Sikap kegelojohan pihak tertentu yang meletakkan kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan rakyat dan negara tidak wajar dipandang ringan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Nasional AMK 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam tadi.

Kamil dalam masa sama menegaskan AMK bukan sekadar ‘pak turut’ yang hanya mengangguk kepada setiap keputusan kerajaan.

Sebaliknya, beliau berkata, AMK akan terus mempertahankan perkara yang dianggap benar, selain berani menyuarakan pandangan sekiranya terdapat perkara dalam pentadbiran yang boleh diperbaiki.

“AMK tidak mahu menjadi kelompok yang tugasnya hanya mengangguk kepada setiap keputusan kerajaan. Kita adalah sebahagian daripada kerajaan dan kita mempertahankan perkara yang benar.

“Tetapi apabila sesuatu boleh diperbaiki, kita mesti berani menyatakan pandangan dengan fakta, dengan angka, dengan hujah dan dengan adab.

“Kesetiaan kepada perjuangan tidak bermaksud kita kehilangan keberanian untuk bertanya,” katanya.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU-15 dalam keadaan tiada parti memperoleh majoriti mudah, dengan gabungan beberapa parti politik bagi membentuk pentadbiran di peringkat Persekutuan.

Sejak itu, kestabilan kerajaan menjadi antara isu utama dalam memastikan agenda pembangunan, pemulihan ekonomi dan kebajikan rakyat dapat diteruskan.

Dalam perkembangan politik semasa, perbezaan pendirian antara parti dalam Kerajaan Perpaduan turut menjadi perhatian, terutama apabila melibatkan kepentingan politik masing-masing.

Kamil memberi isyarat AMK akan terus menyokong kerajaan selagi keputusan dibuat demi kepentingan rakyat, namun pada masa sama tidak akan berdiam diri jika terdapat perkara yang perlu ditegur.

Berita berkaitan
BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter
3 jam lalu· Isu semasa
PH yakin DAP utamakan kestabilan politik: Saifuddin Nasution
14 jam lalu· Politik
RCI TH: BN gesa elak tuduhan melulu, jangan dijadikan modal politik
16 jam lalu· Politik
Loke enggan layan spekulasi, tunggu Ahad selepas persidangan DAP
17 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji: Radzi jelaskan kenapa MP Bersatu kekal dalam Dewan
16 jam lalu · Politik
Lesen judi Kedah: Kalah di mahkamah, kenapa Putrajaya pula dipersalahkan PAS?
17 jam lalu · Politik
RCI TH: Keluar Dewan Rakyat, pembangkang dikecam bersuara di TikTok makan gaji buta
17 jam lalu · Politik
Pembangkang PAS, Wawasan gagal guna ruang Parlimen bela kepentingan pendeposit TH
17 jam lalu · Politik
Kes saman: Najib bantah 80 peratus keterangan bekas CEO 1MDB
August 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok