BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter

August 13, 2026 · Isu semasa

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencadangkan kerajaan menyemak semula had subsidi Program BUDI95 dan mengembalikannya sekurang-kurangnya kepada 300 liter sebulan bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata pendekatan subsidi bersasar masih wajar diteruskan bagi memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada golongan yang memerlukan, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira perubahan keadaan ekonomi semasa.

Menurutnya, AMK mengiktiraf usaha kerajaan Madani memperkukuh kedudukan kewangan negara, pada masa sama melindungi rakyat daripada tekanan kos kehidupan.

“Dalam konteks BUDI95, kerajaan telah menurunkan had kelayakan bulanan daripada 300 liter kepada 200 liter mulai April 2026 sebagai langkah sementara ketika harga minyak dunia meningkat dan kos subsidi melonjak.

“Kita memahami pertimbangan tersebut. Namun, dasar yang baik juga perlu mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri apabila keadaan berubah,” katanya ketika berucap pada Kongres Nasional AMK 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam tadi.

Muhammad Kamil berkata, sekiranya tekanan harga minyak dunia kembali reda, kedudukan fiskal negara terus mengukuh dan hasil kerajaan memberikan ruang lebih besar, had subsidi BUDI95 wajar dikaji semula.

Beliau mencadangkan siling subsidi dikembalikan kepada sekurang-kurangnya 300 liter sebulan, dengan mekanisme tambahan sehingga 350 liter bagi kelompok yang mempunyai keperluan operasi dan mobiliti lebih tinggi.

Katanya, kelayakan tambahan itu boleh ditentukan berdasarkan pengesahan data serta kriteria yang jelas bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan bantuan diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“Kita tidak mencadangkan subsidi tanpa had. Kita juga tidak mencadangkan kerajaan mengabaikan disiplin fiskal.

“Apa yang kita minta ialah sebuah mekanisme yang lebih responsif terhadap keadaan ekonomi rakyat,” katanya.

BUDI95 sebelum ini menetapkan had subsidi petrol RON95 sebanyak 300 liter sebulan sebelum kerajaan mengurangkannya kepada 200 liter mulai April 2026. Langkah itu diperkenalkan ketika kerajaan berdepan peningkatan harga minyak dunia dan tekanan terhadap peruntukan subsidi.

Cadangan AMK itu kini memberi tumpuan kepada keperluan menyeimbangkan usaha kerajaan mengawal kewangan negara dengan realiti perbelanjaan rakyat, khususnya mereka yang bergantung kepada kenderaan untuk bekerja dan menjalankan aktiviti harian.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
18 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
October 26, 2026· Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
October 26, 2026· Politik
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
October 25, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
1 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
2 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok