Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR

October 25, 2026 · Politik

Keputusan UMNO memperuntukkan hanya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mencetuskan persoalan mengenai keikhlasan kerjasama politik dalam Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada hubungan antara UMNO dengan parti komponennya dibina atas dasar prinsip dan kepercayaan atau sekadar kepentingan politik serta kuasa.

Beliau berkata, jika MCA yang sekian lama menjadi rakan komponen BN sendiri merasakan tidak dihormati, keadaan itu turut menimbulkan persoalan mengenai layanan terhadap parti lain yang menjalinkan kerjasama dengan gabungan berkenaan.

“Adakah kerjasama tersebut berlandaskan prinsip dan kepercayaan, atau sekadar kepentingan politik dan kuasa?” katanya hari ini.

Semalam, Presiden MCA, Wee Ka Siong meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan mengumumkan calon tanpa rundingan dan persetujuan parti, terutama apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA didakwa diberikan kepada parti lain.

Beliau turut mendakwa MCA tidak dimaklumkan lebih awal mengenai pengumuman calon pada majlis BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), sebaliknya diberitahu acara itu hanya pelancaran jentera pilihan raya.

MCA diperuntukkan dua kerusi iaitu DUN Klebang dan Machap Jaya daripada 21 kerusi yang ditandingi BN pada PRN Melaka.

Dalam perkembangan sama, Naib Ketua Wanita PKR, Loh Ker Chean berkata, beliau tidak bersimpati dengan MCA kerana parti itu sepatutnya sudah memahami corak layanan UMNO terhadap rakan komponennya.

Sebaliknya, beliau berkata, PKR sebagai parti pengasas Pakatan Harapan (PH) tidak mengamalkan pendekatan parti dominan yang menekan rakan gabungan lebih kecil.

Katanya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut mengamalkan pendekatan konsultatif dan inklusif, termasuk terhadap parti kecil seperti UPKO.

“Saya tak kesian atau simpati dengan MCA. Padan muka mereka. Takkan tak kenal dengan layanan buruk UMNO pada mereka? Justeru, PH ini lebih kukuh dan stabil dalam mentadbir negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, tindakan MCA itu menunjukkan parti berkenaan menyedari mereka tidak dihormati oleh rakan gabungan sendiri.

Beliau mendakwa UMNO terlalu menumpukan kemungkinan memperoleh keuntungan politik jangka pendek melalui kerjasama dengan PAS sehingga mengabaikan kepentingan MCA dan MIC.

“Perkara ini turut menimbulkan persoalan sama ada mana-mana kerajaan gabungan yang melibatkan UMNO dan PAS akan mengetepikan suara serta kepentingan golongan minoriti.

“Hakikatnya, MCA dan MIC secara keseluruhannya hanya mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat dan tidak mempunyai sebarang jawatan menteri,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
9 jam lalu· Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
9 jam lalu· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
9 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
3 jam lalu · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
23 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
23 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
23 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok