BNM beri amaran awal demi kestabilan Tabung Haji

August 14, 2026 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan nasihat kepada Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) dan menteri yang bertanggungjawab ketika itu dibuat sebagai langkah awalan bagi memastikan kedudukan kewangan institusi berkenaan kekal kukuh.

BNM berkata, walaupun TH bukan institusi di bawah pemantauan langsung bank pusat, pemantauan terhadap institusi kewangan bukan bank yang mempunyai hubungan penting dengan sistem kewangan negara adalah sebahagian daripada mandatnya.

“Nasihat kepada Lembaga Pengarah TH dan Menteri yang bertanggungjawab ke atas entiti itu adalah sebagai langkah awalan untuk memastikan kedudukan kewangan institusi berkenaan kekal kukuh dan bagi mengelak sebarang implikasi sistemik ke atas sistem kewangan negara,” menurut BNM ketika mengulas perkara itu kepada BH.

Penjelasan itu susulan persoalan mengenai saluran yang digunakan BNM selain lima notis amaran kepada Pengerusi TH dan menteri bertanggungjawab antara Ogos 2014 hingga September 2016.

Notis berkenaan menyentuh isu kedudukan kewangan, tahap rizab serta pengurusan kecairan TH pada ketika itu.

BNM berkata, di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009, bank pusat mempunyai tanggungjawab menggalakkan kestabilan kewangan dengan memantau dan mengenal pasti risiko terhadap sistem kewangan secara keseluruhan.

“Berdasarkan pemantauan yang dijalankan, pihak BNM dan Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan (FSEC) dari semasa ke semasa akan memberikan nasihat kepada institusi kewangan bukan bank yang utama,” katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, ketika sesi penerangan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH di Dewan Rakyat, berkata TH menerima lima amaran daripada BNM berkaitan jurang antara aset dan tanggungan.

Menurutnya, kedudukan kewangan TH ketika itu berpotensi memberi risiko sistemik kepada kestabilan kewangan negara.

Peringatan BNM kemudian disusuli teguran Ketua Audit Negara dalam laporan penyata kewangan, termasuk berkaitan perubahan polisi rosot nilai yang dilakukan dua kali dalam tahun sama sehingga memberi kesan kepada keuntungan TH bagi 2017.

Susulan teguran itu, lembaga baharu TH pada 2018 melantik firma audit antarabangsa PricewaterhouseCoopers (PwC) untuk menilai semula kedudukan dan prestasi kewangan institusi berkenaan mengikut piawaian perakaunan yang sah.

Perkembangan itu kini menjadi perhatian susulan pendedahan Laporan RCI TH pada 29 Julai lalu.

Laporan setebal 211 halaman itu mengandungi pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, selain mengemukakan 25 syor penambahbaikan.

Setakat 30 Julai lalu, TH dilaporkan sudah melaksanakan 75 peratus daripada syor berkenaan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
3 jam lalu· Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
8 jam lalu· Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
20 jam lalu· Politik
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
1 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
1 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok