Godam MyIMMs dibuat pegawai sendiri, KDN beri amaran kepada pengkhianat

August 18, 2026 · Isu semasa

Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak mengkhianati negara dengan menyalahgunakan kuasa atau sistem kerajaan demi kepentingan peribadi.

Ketua Setiausaha KDN, Awang Alik Jeman berkata, perbuatan seperti membenarkan warga asing tinggal melebihi tempoh visa atau memeras ugut mereka mencerminkan sikap tamak serta kegagalan menghayati nilai integriti.

“Kesemua ini dilakukan kerana sifat tamak yang ada dalam diri. Kalau kita berpegang kepada integriti dan sedar perkara ini tidak baik untuk masyarakat serta negara, kita tidak akan melakukan perkara sedemikian,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN hari ini.

Beliau turut memberi teguran keras berhubung kegiatan menggodam sistem Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), termasuk dakwaan membabitkan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja melanggar integriti perkhidmatan awam, malah boleh memberi kesan langsung terhadap keselamatan negara.

“Ada warga kita sendiri yang menggodam sistem MyIMMs yang sepatutnya kita pertahankan. Kalau sistem itu digodam, rosak dan tidak boleh berfungsi, orang luar bebas masuk ke negara kita tanpa rekod dan tanpa semakan,” katanya.

Awang Alik berkata, KDN berperanan sebagai antara benteng utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan negara terus terpelihara.

Justeru, beliau menegaskan pegawai dan kakitangan kementerian perlu mempunyai semangat mempertahankan negara, bukannya mengambil kesempatan terhadap kedudukan atau akses kepada sistem kerajaan untuk mendapatkan keuntungan peribadi.

“Kalau inilah hasrat kita dengan harapan mendapat pulangan yang banyak, keluarlah dari KDN. Kita mahu orang dalam KDN benar-benar menghayati semangat mempertahankan negara daripada apa-apa unsur sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, amanah menjaga keselamatan negara perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab kerana kesannya bukan hanya dirasai generasi hari ini, malah turut menentukan masa depan generasi akan datang.

“Jangan fikir negara ini akan berakhir dengan kita. Negara ini hanya berakhir selepas kita menyerahkannya kepada generasi-generasi seterusnya,” katanya.

Isu integriti dalam perkhidmatan awam terus menjadi perhatian, khususnya membabitkan agensi penguatkuasaan yang mempunyai akses kepada maklumat dan sistem kritikal negara.

Penyalahgunaan kuasa, rasuah atau manipulasi sistem bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat, malah berpotensi membuka ruang kepada ancaman keselamatan.

Berita berkaitan
Kabinet lulus 17 syor penambahbaikan perkukuh keselamatan KLIA: Bernama
August 20, 2026· Isu semasa
MCMC, Imigresen perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan
August 18, 2026· Isu semasa
Rayer persoal penahanan dua podcaster, gesa polis jelaskan tindakan
August 8, 2026· Politik
Op Crack: Lima lagi pegawai imigresen ditahan bantu siasatan godam MyIMMs
August 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
17 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
18 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
18 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
18 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok