RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas

August 18, 2026 · Isu semasa

Kerajaan tidak menghalang pihak berkuasa menjalankan siasatan berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di luar tempoh 2014 hingga 2020 seperti ditetapkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, skop siasatan dan tindakan susulan terhadap laporan RCI itu boleh meliputi tempoh sebelum dan selepas 2014 hingga 2020, bergantung kepada keperluan badan penguatkuasaan serta penyiasatan.

“Bukan cadangan, memang sekarang ini semua tindakan dan kajian melangkaui RCI.

“RCI sebagai induk, tiada halangan untuk kaji sebelum dan selepas, ini akan dilakukan oleh badan penguatkuasaan dan penyiasatan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan hari ini.

Penegasan itu sekali gus memberi ruang kepada siasatan lebih menyeluruh terhadap isu pengurusan dan operasi TH, termasuk perkara yang berlaku sebelum 2014 atau selepas 2020.

Ia susulan desakan beberapa Ahli Parlimen supaya kerajaan tidak mengehadkan penelitian kepada tempoh yang terkandung dalam RCI sedia ada.

Laporan penuh RCI TH didedahkan kepada umum pada Julai lalu sebelum dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat minggu lalu. Perbahasan itu turut menyaksikan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa penubuhan RCI baharu.

Antaranya Ahli Parlimen Tampin, Mohd Isam Mohd Isa, yang mencadangkan siasatan baharu bagi tempoh 2021 hingga 2025 kerana RCI sedia ada hanya meliputi 2014 hingga 2020.

Perkembangan itu berlaku ketika kerajaan turut mengambil tindakan susulan terhadap penemuan berkaitan RCI berkenaan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan tujuh individu bagi membantu siasatan kes berkaitan RCI TH, termasuk empat bekas pengurusan kanan TH.

Mereka terdiri daripada seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan TH, dengan kesemua suspek berusia antara 50-an hingga 60-an.

Kerajaan sebelum ini turut bersetuju supaya siasatan penuh dilaksanakan dengan segera, selain menubuhkan pasukan khas bagi meneliti serta melaksanakan syor RCI, termasuk cadangan berkaitan pindaan Akta Tabung Haji.

Perbahasan di Dewan Rakyat mengenai RCI TH turut mencetuskan ketegangan politik apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan sebagai tanda protes terhadap perjalanan sidang khas berkenaan.

Berita berkaitan
Enam Ahli Parlimen Bersatu tandatangan CSA, terima peruntukan setara
October 29, 2026· Politik
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026· Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
4 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok