Ringgit.
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan tekanan terhadap mata wang AS akibat kebimbangan mengenai peningkatan hutang kerajaan negara itu.
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0455/4.0540 berbanding dolar AS daripada 4.0565/4.0610 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, hutang kerajaan AS kini menjadi perhatian utama pasaran selepas jumlah hutang awam tertunggak melepasi US$40 trilion, meningkat kira-kira satu pertiga dalam tempoh kurang lima tahun.
“Ini berlaku ketika Jabatan Perbendaharaan AS berusaha menurunkan hasil bon jangka panjang menerusi campur tangan secara langsung dalam pasaran bon,” katanya.
Menurutnya, sebarang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat berpotensi meningkatkan lagi tekanan terhadap keupayaan kerajaan AS memenuhi obligasi hutangnya.
Perkembangan itu turut memberi tekanan kepada dolar AS apabila Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.86 peratus kepada 98.798 mata, selari dengan penurunan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah pada September.
“Perkembangan ini dilihat positif bagi ringgit kerana perbezaan kadar faedah antara Kadar Dana Fed dan kadar dasar semalaman akan kekal stabil,” katanya.
Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit bergerak dalam lingkungan RM4.04 hingga RM4.06 berbanding dolar AS sepanjang dagangan hari ini.
Bagaimanapun, prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama dan serantau.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.5562/2.5616 daripada 2.5498/2.5528, manakala berbanding pound Britain ia turun kepada 5.5023/5.5138 daripada 5.4994/5.5055.
Berbanding euro, ringgit melemah kepada 4.7231/4.7330 daripada 4.7080/4.7132.
Dalam kalangan mata wang serantau, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1819/3.1891 dan baht Thailand kepada 12.3046/12.3372.
Sebaliknya, ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 226.7/227.3 daripada 227.3/227.7 serta meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.54/6.56 daripada 6.56/6.57. – Bernama
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri