Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menghadiri Program Jelajah Rakyat Sabah 2025 Bahagian Batu Sapi malam tadi.
Tiada kerjasama Perikatan Nasional (PN) dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggap sebagai ‘pengkhianat’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengimbau pengkhianatan yang dibuat oleh GRS dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yang bertindak keluar Bersatu sebelum ini demi semata-mata untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat.
“Sangat sukar (kerjasama dengan GRS) kerana parti itu sudah menafikan kita. Adakah anda mahu bekerja dengan mereka jika anda berada di tempat saya?
“(Nama) GRS itu saya berikan ketika mereka baru bermula dulu. Waktu itu, bukan sahaja Bersatu dalam gabungan, ada parti lain. Saya namakan GRS (tapi) tidak berdaftar,” katanya semasa Program Jelajah Rakyat Sabah 2025 Bahagian Batu Sapi semalam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pihaknya bersedia mempertimbang untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan parti lain untuk berdepan PRN Sabah.
“PN meneliti dan memperhalusi secara lebih dekat setiap DUN (Dewan Undangan Negeri) yang dipertandingkan selepas dewan dibubarkan,” katanya.
Tambahnya, beliau yakin sokongan rakyat Sabah terhadap PN masih kukuh mengambil kira penerimaan rakyat terhadap program jelajahnya selain faktor kegagalan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah rakyat.
Penggal lima tahun DUN Sabah akan berakhir pada 11 Nov.
Pada Januari, Timbalan Pengerusi PN, Hamzah Zainudin tidak menolak kemungkinan gabungan itu akan bertanding sekurang-kurangnya 18 daripada 73 kerusi pada PRN Sabah.
Mei lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengesahkan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya enam kerusi menggunakan logo PN.
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan