Zahid sahkan BN tidak masuk gelanggang PRN Sarawak

November 15, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) mengesahkan tidak akan meletakkan calon di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 yang dijadual berlangsung bulan depan.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan persefahaman politik antara UMNO dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang kepada pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurutnya, BN tidak mempunyai sebarang hasrat untuk bertanding di Sarawak bagi menghormati persefahaman yang sudah dipersetujui antara kedua-dua parti.

“BN tidak ada niat untuk bertanding dalam mana-mana kerusi DUN di Sarawak, kerana inilah persefahaman antara UMNO dan PBB di Sarawak,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia.

Turut hadir Presiden PPP Malaysia, Loga Bala Mohan dan Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian PRN Sarawak ke-13, manakala penamaan calon pada 28 November dan pengundian awal pada 8 Disember.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari.

Sarawak ketika ini ditadbir GPS yang terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) terletak sepenuhnya di bawah kuasa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Kalau itu keadaan yang disebutkan oleh Anwar Ibrahim, maka beliau mempunyai hak dan mandat untuk melakukannya,” katanya.

Mengulas kemelut pentadbiran Negeri Sembilan pula, beliau berkata, BN akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dalam kadar segera.

Katanya, keutamaan adalah memastikan kepentingan rakyat tidak terjejas selain pentadbiran negeri terus berjalan lancar mengikut lunas Perlembagaan Negeri Sembilan.

“Asalkan masalah rakyat di Negeri Sembilan diselesaikan dan pentadbiran di negeri itu berjalan dengan lancar dan mengikut landasan Perlembagaan Negeri Sembilan,” katanya.

Berita berkaitan
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
1 jam lalu· Politik
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
2 jam lalu· Politik
Zambry umum Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
2 jam lalu· Politik
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS sedia runding kerusi DUN Terengganu dengan BN: Samsuri
11 jam lalu · Politik
Parti Rafizi mungkin terkubur awal jika terlalu idealistik – Puad
13 jam lalu · Politik
PAS tiada sebab serah jawatan PM kepada UMNO – Kadir Jasin
14 jam lalu · Politik
Tindakan Timbalan Speaker bahas Belanjawan 2027 cetus bantahan MP
14 jam lalu · Politik
MP Pasir Gudang disiasat berhubung sajak ‘Patik Tak Rela’ kritik isu Najib
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok