Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi

August 26, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan mengambil tindakan bagi memperkemas kawal selia platform e-dagang di Malaysia susulan peningkatan aduan berkaitan jualan produk, penipuan serta pematuhan peraturan.

Langkah itu susulan arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi supaya meneliti tindakan segera termasuk proses pendaftaran terhadap platform e-dagang yang beroperasi dalam negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, terdapat platform e-dagang yang sudah mematuhi keperluan dengan mempunyai syarikat berdaftar serta pejabat di Malaysia.

Namun, masih ada platform yang beroperasi tanpa mempunyai syarikat berdaftar atau alamat rasmi dalam negara.

“Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi untuk meneliti tindakan segera bagi melaksanakan proses kawal selia termasuk pendaftaran bagi platform-platform e-dagang,” katanya semasa sidang media mingguan hari ini.

Menurutnya, tindakan berkenaan penting bagi memastikan semua platform yang menjalankan aktiviti e-dagang di Malaysia tertakluk kepada kerangka kawal selia yang sewajarnya.

Untuk rekod, pihak MCMC menerima 1,964 aduan berkaitan jualan produk dalam platform e-dagang atau perkara yang berkaitan dengan platform berkenaan sejak 1 Januari 2025 hingga 25 Ogos 2026.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,147 aduan diterima sepanjang 2025, manakala 817 lagi diterima dari 1 Januari hingga 25 Ogos 2026.

Sebanyak 118 aduan masih dalam tindakan MCMC.

Antara aduan yang diterima termasuk 161 kes berkaitan produk elektrik atau elektronik, selain empat aduan mengenai kesahihan status halal produk yang dijual menerusi platform e-dagang.

Selain isu pematuhan produk, penipuan dalam talian turut menjadi antara perkara yang dilaporkan pengguna.

Kerajaan sebelum ini meningkatkan perhatian terhadap aktiviti perdagangan digital susulan pertumbuhan pesat penggunaan platform e-dagang, termasuk pembelian barangan dari penjual tempatan dan luar negara.

Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi kini akan meneliti beberapa tindakan bagi memastikan platform terbabit mematuhi keperluan pendaftaran serta peraturan yang ditetapkan.

“Beberapa tindakan akan diambil oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi,” katanya.

Langkah itu dijangka memberi tumpuan kepada platform yang belum mempunyai kehadiran korporat atau alamat rasmi di Malaysia, selain memperkukuh perlindungan pengguna dalam urusan perdagangan digital.

Berita berkaitan
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
4 jam lalu· Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
August 24, 2026· Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
August 24, 2026· Isu semasa
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
4 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
22 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
22 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok