Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas

August 26, 2026 · Isu semasa

Pendakwah bebas Ahmad Husam Muhamad Baderudin memenangi saman terhadap aktivis politik Zamil Ibrahim dan bekas pegawai khas Najib Razak, Muhammad Mukhlis Maghribi, selepas Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini memerintahkan kedua-duanya membayar ganti rugi serta kos berjumlah RM483,000.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohd Aimi Zaini selepas mahkamah mendapati wujud konspirasi untuk mendapatkan wang daripada Ahmad Husam selain penerbitan di media sosial oleh kedua-dua defendan mengandungi unsur fitnah.

Peguam Ahmad Husam, Muhammad Asyraf Abd Aziz dari firma guaman Zain Megat & Murad, mengesahkan keputusan itu.

“Mahkamah mengakui terdapat konspirasi untuk mencederakan Ustaz Husam melalui kewangan dengan komplot mendapatkan RM400,000 daripada Ustaz Husam.

“Kedua, mahkamah memutuskan setiap penerbitan oleh Zamil dan Mukhlis di media sosial adalah satu fitnah terhadap Ustaz Husam,” katanya.

Zamil, yang pernah memimpin Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), turut dikenali sebagai penyokong tegar Najib Razak dan pernah aktif dalam politik serta isu berkaitan bekas perdana menteri itu.

Pada 27 Disember 2023, Ahmad Husam memfailkan saman fitnah bernilai RM5 juta terhadap empat individu termasuk Zamil dan Mukhlis.

Kes itu turut mempunyai latar belakang laporan polis yang dibuat Ahmad Husam pada 29 Mac 2024, selepas beliau mendakwa menerima ugutan daripada kedua-dua individu terbabit.

Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Ahmad Husam mendakwa Zamil menemui seorang bapa saudaranya yang dikenali sebagai “Pak Ndak” dengan tujuan memfitnah serta cuba memeras ugutnya.

Mengulas keputusan hari ini, Ahmad Husam menyifatkan kemenangan itu sebagai satu kelegaan selepas melalui perjalanan panjang untuk mendapatkan keadilan.

“Saya dengan penuh rasa syukur ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Alor Setar telah membenarkan keseluruhan tuntutan saman saya terhadap dua individu, iaitu Zamil dan Mukhlis berhubung konspirasi untuk mendapatkan sejumlah wang daripada saya secara salah serta perbuatan fitnah terhadap saya.

“Sesungguhnya perjalanan untuk sampai ke hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun saya percaya kebenaran mungkin mengambil masa untuk terserlah, tetapi dengan izin Allah SWT, kebenaran tetap akan menemukan jalannya,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan peguam yang membantu sepanjang prosiding kes berkenaan.

Kes saman itu menjadi perhatian selepas pertikaian antara Ahmad Husam dan kedua-dua defendan berkembang daripada dakwaan berkaitan kewangan kepada penerbitan pelbagai kandungan di media sosial yang didakwa memfitnah pendakwah berkenaan.

Berita berkaitan
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
October 28, 2026· Isu semasa
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
13 jam lalu· Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
October 26, 2026· Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
October 26, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
October 28, 2026 · Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
October 28, 2026 · Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
13 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
20 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok