Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua

October 26, 2026 · Politik

Representasi Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh bagi menggugurkan pertuduhan mendatangkan kegusaran awam berkaitan isu Jalur Gemilang ditolak Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang.

Susulan keputusan itu, pihak pembelaan akan mengemukakan representasi kedua kepada Peguam Negara bagi menyampaikan fakta, pandangan dan hujah undang-undang berhubung kes berkenaan.

Ketua barisan peguam Akmal, Aizat Azam berkata, pihaknya sudah memohon kepada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk membolehkan representasi kedua dikemukakan.

“Kita telah membuat satu permohonan kepada mahkamah untuk mengemukakan representasi kedua kepada peguam negara bagi menyampaikan fakta, pandangan dan pendapat berdasarkan undang-undang tentang kes ini.

“Insya-Allah, selepas ini kita akan mengemukakan representasi tersebut kepada pihak peguam negara,” katanya, menurut Sinar Harian.

Representasi pertama dikemukakan kira-kira 10 bulan lalu, namun keputusan penolakan dimaklumkan ketika prosiding sebutan kes hari ini.

Menurut Aizat, kes berkenaan sudah berlangsung lebih setahun, namun tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan kerana pihak pembelaan sedang menunggu keputusan berhubung permohonan representasi.

Mahkamah menetapkan 4 Januari depan untuk keputusan berhubung representasi kedua yang akan dikemukakan pihak pembelaan.

Pada 22 Ogos 2025, Akmal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang mungkin mendatangkan kegusaran awam menerusi satu video Facebook pada 11 Ogos tahun sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes itu berkait kontroversi pemasangan Jalur Gemilang selepas seorang pemilik kedai perkakasan dilihat memegang bendera Malaysia secara terbalik dalam satu video yang tular di media sosial.

Insiden berkenaan mencetuskan perdebatan awam mengenai penghormatan terhadap bendera kebangsaan dan tindakan yang wajar diambil terhadap pihak terlibat.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang, Muna Mohamed Jaafar di hadapan Majistret Roshayati Radellah.

Berita berkaitan
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
October 26, 2026· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
22 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
October 24, 2026· Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
October 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
October 26, 2026 · Politik
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
October 26, 2026 · Politik
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
14 jam lalu · Politik
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
16 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok