BN mahu pertahan 21 kerusi di Melaka, PRN pada bila-bila masa

August 28, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) Melaka tidak berganjak daripada pendirian untuk mempertahankan kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu.

Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata, jumlah itu menjadi garis sempadan dalam sebarang rundingan kerjasama politik dengan parti lain menjelang PRN akan datang.

“BN kekal bertanding di semua 21 kerusi dan tiada kompromi mengenainya.

“Kami tidak akan kompromi 21 kerusi kerana itu adalah garis sempadan perbincangan. Jika ada mana-mana parti ingin bekerjasama, perkara ini mereka kena patuhi,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Ab Rauf, BN tetap terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti yang berminat menjalinkan kerjasama politik, namun rundingan itu perlu dibuat atas asas yang munasabah.

“Saya alu-alukan siapa hendak datang, tetapi asas perbincangan mestilah berdasarkan kepada satu rasional yang cukup munasabah.

“Saya tidak boleh hendak menguruskan apa juga keputusan melainkan saya mendapat mandat daripada Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, sebarang keputusan berkaitan kerjasama politik perlu mendapat persetujuan Majlis Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadual bersidang malam ini.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus membentuk kerajaan negeri secara majoriti mudah. Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh dua kerusi.

Dalam perkembangan sama, Ab Rauf memberi bayangan pembubaran DUN Melaka boleh berlaku pada bila-bila masa, sekali gus membuka laluan kepada PRN yang akan datang.

“Pilihan raya ini bila-bila masa sahaja. Tidak ada masalah, cuma tarikh itu saya belum dapat ilham,” katanya.

Beliau turut enggan mendedahkan lebih awal tarikh pembubaran DUN kerana mahu mengekalkan unsur kejutan.

“Pembubaran itu saya akan buat bila waktu bubar. Kalau saya beritahu sekarang, tak ada ‘thrill’ lah, buat apa,” katanya.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
19 jam lalu· Isu semasa
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
23 jam lalu· Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
August 26, 2026· Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
August 26, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saravanan didakwa tiga pertuduhan, berkait kuota pekerja asing
August 28, 2026 · Politik
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
13 jam lalu · Politik
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
19 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
19 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok