Kuota BUDI95 kembali 300 liter mulai 1 September

August 30, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengembalikan kelayakan asas BUDI95 kepada 300 liter sebulan mulai 1 September ini, memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna RON95 bersubsidi.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menurut Anwar, keputusan itu antara enam ikhtiar segera kerajaan bagi meringankan beban rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Ini bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, lebih 500,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menerima manfaat BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan.

BUDI95 diperkenalkan kerajaan sebagai mekanisme subsidi bersasar bagi memastikan manfaat subsidi petrol RON95 terus dinikmati golongan yang layak, selain mengurangkan ketirisan.

Selain bantuan berkaitan bahan api, Anwar turut mengumumkan peningkatan 50 peratus peruntukan penyelenggaraan bagi semua jenis sekolah pada tahun depan, daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion.

Katanya, tambahan peruntukan itu meliputi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, tahfiz, pondok serta pendidikan khas.

“Saya turut arahkan Kementerian Pendidikan untuk mengatur gerak kerja turun ke setiap daerah dan meneliti setiap permohonan pembaikan prasarana oleh sekolah,” katanya.

Kerajaan turut membuka Program AI untuk Rakyat kepada golongan muda berusia 18 hingga 30 tahun.

Seramai 100,000 belia yang melengkapkan modul ditetapkan akan menerima langganan aplikasi kecerdasan buatan (AI) terkemuka secara percuma selama tiga bulan.

Dalam sektor kesihatan pula, kerajaan menyediakan RM1 bilion bagi memperkukuh kecekapan digital kesihatan awam, termasuk pelaksanaan sistem Rekod Perubatan Elektronik serta peningkatan sambungan internet di 150 hospital dan lebih 2,000 klinik kesihatan awam.

Kerajaan turut menaikkan ambang pengecualian e-invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta setahun.

Langkah itu bermakna perniagaan dengan jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak diwajibkan melaksanakan e-invois.

Berita berkaitan
Saravanan didakwa tiga pertuduhan, berkait kuota pekerja asing
August 28, 2026· Politik
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
August 26, 2026· Isu semasa
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026· Isu semasa
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
August 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pertumbuhan 6 peratus suntik keyakinan baharu ekonomi negara: Anwar
August 30, 2026 · Isu semasa
RM1 bilion pacu pendigitalan kesihatan awam: Fahmi
August 30, 2026 · Isu semasa
Agong harap Sambutan Hari Kebangsaan esok berjalan lancar
4 jam lalu · Isu semasa
Tudung Jalur Gemilang tak lengkap, polis buka siasatan
4 jam lalu · Isu semasa
Malaysia hantar SMART bantu mangsa bencana di Nepal: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok